Sekadar Berkongsi...Mahrajan Muscat
Jumaat lepas (13/02/2009) berakhirnya sambutan "Mahrajan Muscat 2009", yang berlangsung selama sebulan, program tahunan yang menonjolkan adat dan kebudayaan masyarakat Oman. Setiap tahun sambutan diisi dengan pelbagai program yang menarik penduduk menyertainya.
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menghadirinya, sekurang-kurangnya dapat melihat kebudayaan mereka setahun sekali. Acara yang sentiasa meriah ialah persembahan nyanyian di tepi pantai, tapi sampai sekarang kami belum pernah menghadirinya, cuma menonton laporan di TV saja. Biasanya orang penuh sesak dalam pesta tersebut yang sentiasa menampilkan penyanyi terkenal dari negara Arab lain.
Di sini saya ingin berkongsi kemeriahan sambutan kali ini, yang saya anggap agak ok berbanding tahun lepas. Alhamdulillah kali ini pelbagai program disediakan, dengan keutamaan diberikan kepada "Persatuan Wanita Oman". Jadi fokusnya lebih kepada wanita dan sumbangan mereka kepada masyarakat Oman. Setiap hari persembahan disediakan dari satu daerah di Oman yang menyediakan pameran daripada hasil usaha wanita termasuklah jualan masakan tradisi Oman yang disediakan oleh wanita-wanita Oman.
Yang hebatnya mereka masih mampu mengekalkan amalan tradisi mereka, terutama wanita yang mampu menyediakan masakan "roti oman" dengan melumurkan kuali dengan tangan mereka. Saya yang melihat kagum dengan sikap sebegini, ia tradisi yang diturunkan dari generasi ke generasi. Ia menggambarkan betapa wanita-wanita dahulu terlalu tabah, malah yang masih mampu mengekalkan adat sebegini juga tabah jika dibandingkan dengan kita.
Teringat ibu saya yang selalu mengangkat periuk dari atas api dengan menggunakan tangan tanpa pengalas. Itulah satu kehebatan mereka yang tidak mampu kita tiru. Mungkin kita terlalu lembik atau manja ataupun mereka yang tidak berpelajaran? Bila membaca tentang penemuan yang menyatakan bahawa semua perkara terletak dalam otak kita, sekiranya kita fikirkan panas maka ia akan menjadi panas, sekiranya kita tidak memikirkan bahawa ia panas, maka ia tidak memberi kesan apa-apa terhadap kita.
Mungkin itulah yang dilakukan oleh wanita-wanita ini. Sekiranya begitu memang mereka hebat, termasuklah ibu saya, beliau memang wanita hebat, walaupun tidak berpelajaran mereka mampu mempraktikkan amalan hebat yang cuma baru dijelaskan oleh pemikir hari ini.
Sebenarnya wanita ni kat mana-manapun sama, fitrahnya begitu. Kemahiran pun tak jauh bezanya. Tugas utama memasak, menjahit dan menjaga anak. Yang lagi hebat wanita Oman mampu menyiapkan "qummah" atau kopiah Oman dengan jahitan tangan yang halus dan kemas. Itulah keistimewaan mereka, dan "qummah" itulah pakaian kebanggaan orang lelaki Oman yang tidak ditinggalkan. Mereka duduk bersama-sama sambil menyiapkan jahitan "qummah" yang dianggap amat berharga sebagai hadiah kepada ahli keluarga tercinta, juga mampu dijual dengan harga yang tinggi mencecah ratusan rial Oman (dalam seribu ringgit RM pun ada).
Tidak keterlaluan jika dikatakan terdapat masih banyak adat tradisi Oman yang masih dikekalkan. Adat-adat yang baik ini kebanyakkannya bersumberkan dari hadis Rasulullah saw yang tidak terdapat dalam buku-buku hadis yang kita pelajari. Inilah kesan peninggalan sejarah dulu, juga kesan peselisihan pendapat yang berlaku dikalangan pemerintahan Bani Umayyah terdahulu. Orang Oman terasing dari masyarakat luar, oleh itu segala adat dan budaya mereka masih terpelihara. Mereka masih baru terdedah dengan sistem sosial zaman ini, satu contoh didikan Rasulullah saw yang masih tinggal di dunia ini. Malah penduduknya masih ramai yang buta huruf, tapi memiliki daya ingatan yang sangat kuat.
Bukan ingin memuji, tetapi itulah hakikatnya sifat dan nilai-nilai murni ajaran Islam masih mantap dalam masyarakat mereka. Sifat-sifat orang Arab yang dipelajari selama ini, dapat dilihat dalam amalan mereka, walaupun generasi baru sudah agak berubah. Allah swt memberi peluang kepada saya merasai perasaan ini di Oman, yang tidak pernah wujud dalam kotak fikiran saya sebelum ini. Cuma hati selalu tertanya-tanya apakah masih ada golongan yang masih memelihara Sunnah Rasulullah saw di dunia ini? Alhamdulillah, rupa-rupanya masih ada kesempatan itu.
Berbalik kepada Mahrajan yang dianjurkan kali ini, ia adalah gabungan pelbagai elemen, baik dan buruk. Bagi yang ingin berpesta, ia adalah tempatnya, manakala bagi yang ingin mencari maklumat tambahan tentang Oman, ia juga tempatnya. Jadi semuanya terletak kepada kita, sekiranya kita mencari kebaikan, kita akan dapati disitu, kita ingin mencari keburukan juga tersedia didepan mata. Pandai-pandailah memilih.
Tiba-tiba mata melihat ramai orang berkumpul mengelilingi tasik yang baru di tengah-tengah taman tersebut, kawasan tersebut dikawal rapi, memang orang amat ramai. Rupa-rupanya ada pertunjukan gabungan cahaya, air, bunyi, asap dan api. Anak-anak mula bertanya lampu aje ke? Dalam masa yang sama kumpulan badut-badut dari pelbagai negara membuat persembahan untuk kanak-kanak, mengelilingi tasik tersebut.
Tiba-tiba lampu dipadamkan dan pertunjukan dimulakan dengan cahaya spotlight dipancarkan ke langit. Subhanallah, begitu cantiknya, ditambah dengan asap, dan pancutan air. Terjadilah gabungan elemen yang amat indah, yang tidak pernah saya terfikir selama ini. Sekiranya gabungan elemen ini mampu menghasilkan hasil sehebat itu, tentulah Pencipta elemen ini lebih Hebat. Subhanallah.
Itulah pengalaman menghadiri sambutan Mahrajan kali ini, yang ternyata memberi pelbagai ilmu kepada orang yang mahu berfikir. Kita juga yang diberi peluang memilih, baik dan buruk didepan kita. Sekiranya kita memilih kebaikan, insya Allah ia memberi manfaat kepada kita. Jadi saya memilih untuk menceritakan unsur-unsur positif di dalamnya sahaja, yang lain-lain bolehlah dikorek dari sumber lain.

Ulasan