Idea Bersimpang-siur
Setiap orang memiliki cara pemikiran yang berbeza. Sebab itulah kita dapat melihat keunikan alam ini. Sekiranya semua manusia cuma memiliki cara berfikir yang sama tak adalah apa yang dikatakan kehidupan. Tak adalah orang yang berdebat untuk menegakkan pendapat mereka, semua dapat hidup dengan aman, kerana semua berfikir dengan cara sama.
Corak pemikiran yang berbeza-beza inilah yang memberi warna kepada kehidupan ini. Kadang-kadang kita tidak sanggup menghadapinya terutama apabila berdepan dengan orang yang 'cakap tak serupa bikin', 'orang yang dihadapan cakap lain dibelakang lain cerita', serta pelbagai lagi sifat-sifat negatif. Walauapapun corak pemikiran kita, tujuan hidup kita hanya satu "mengharap keredhaan dan rahmat Allah swt".
Saya pula selalu mempunyai idea yang bersimpang siur, banyak idea yang nak dikaitkan. Semua tajuk nak disatukan, kadang-kadang saya sendiri tertanya-tanya mengapa aku berfikir begini. Nak buat macammana dah tabiat dari kecil, susah nak diubah cara ini. Tapi alhamdulillah cara berfikir sebeginilah yang telah membantu sepanjang pengajian saya, apa taknya belajar pelajaran lain, jawab berpandukan matapelajaran lain. Kadang-kadang saya satukan pebincangan tersebut, dan hasilkan jawapan peperiksaan. Tak payah belajar banyak pun.
Tadi tu tercetus idea tentang musim bunga, tujuan asal nak ceritakan tentang perubahan cuaca yang berlaku di Oman sekarang. Bila mula menulis macam-macam idea timbul jadi saya terpaksalah tulis semuanya, sebab sekiranya tak tulis kat situ nanti lupa. Begitulah insan ini...tapi seronok pula rasanya.
Sebenarnya kat Oman sekarang dah mula panas walaupun belum masuk musim bunga lagi. Tak tahulah macammana kepanasan tahun ini, moga-moga tak keterlaluan, dapatlah hidup dengan tenang. Pokok-pokok kurma dahpun mengeluarkan bunga, tak lama lagi dapatlah tengok buah kurma pula.
Namun begitu bunga-bunga pelbagai warna masih lagi menghiasi jalan-jalan dan taman-taman permainan di sini. Itulah kecantikan bandar Oman apabila musim sejuk dan bunga. Tapi sayang kemera saya masih rosak tak dapat rakamkan keindahan ini, hanya mampu menceritakan saja.
Idea yang bersimpang-siur ini lah pembuka jalan ke arah kajian yang lebih mendalam lagi. Sekiranya tak ada idea, apa nak tulis ye? Moga-moga Allah terus memberi idea untuk saya meneruskan pemikiran dan tulisan saya.

Ulasan