Isu Pengasingan Lelaki dan Wanita
Entah mengapa dah beberapa hari saya tidak dapat menyiapkan idea yang ditulis, semuanya tersangkut begitu saja. Kadang-kadang tidak berapa yakin dengan idea yang ada. Tapi alhamdulillah semalam saya berpeluang ke perpustakaan kolej Agama di sini.
Lama betul saya menunggu peluang ini, bukan senang untuk ke perpustakaan yang masih menggunakan sistem pengasingan antara waktu pelajar lelaki dan wanita. Pelajar lelaki menggunakan pada waktu pagi manakala pelajar wanita pada waktu petang sehingga malam. Tapi masalahnya pada petang hari kita yang sibuk dengan anak-anak, masa agak suntuk.
Alhamdulillah seronok juga bertemu dengan bekas pelajar lama semasa mengajar part-time dulu. Begitulah keadaan di Oman yg masih lagi menitikberatkan pengasingan antara lelaki dan perempuan dalam kebanyakan aturcara. Di sini dikira "aib" sekiranya wanita berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim, jadi anak-anak juga tidak terdedah dengan gejala ini yang terlalu serius di Malaysia.
Sememangnya pergaulan bebas yang kita (orang Malaysia) amalkan menyebabkan banyak gejala sosial. Ibubapa pula memandang remeh isu ini, seolah-olah ia tiada kaitan dengan agama kita. Sebenarnya bila berada di kawasan bersama-sama insan sejenis kita, kita akan lebih bebas. Itulah kekurangan di Barat, sehingga mereka mencipta idea bahawa bila lelaki dan perempuan diasingkan akan menyebabkan masalah. Sebenarnya mereka yang tidak sanggup hidup sebegini.
Pengalaman bersekolah di sekolah perempuan, menjadikan saya teramat gembira bila berpeluang berada dalam kawasan sebegini. Sebenarnya itulah kebebasan sebenar, yang susah nak didapati di Malaysia. Semasa bersekolah dulu, kami bebas ke mana-mana, bebas meluahkan segala idea yang ada kerana kita tidak perlu malu-malu.
Sebenarnya suatu ketika dulu, UIA juga mengadakan sistem sebegini, (waktu kami di Pusat Matrikulasi) ada waktu tertentu untuk pelajar lelaki dan perempuan, tapi ia dimansuhkan apabila kami menjejakkan kaki ke kampus utama. Jadi batch kami tidak berkesempatan merasai suasana begini. Yang ada cuma pengasingan tempat duduk menelaah dalam perpustakaan sahaja, yang hari ini tidak dihormati langsung oleh para pelajar UIA. Sayangnya UIA kehilangan satu budaya murni yang telah disemai sejak penubuhannya.
Alhamdulillah di Oman, undang-undang ini masih diterimapakai dalam banyak keadaan sehinggakan pameran juga memperuntukan waktu tertentu pada pagi untuk pengunjung-pengunjung wanita sahaja, manakala waktu petang waktu keluarga. Inilah usaha mereka untuk menjaga kesucian ajaran agama.
Di kebanyakan tempat pengasingan antara tempat duduk lelaki dan wanita diadakan, di bank-bank ada lorong khas untuk wanita yang mempercepatkan urusan wanita. Tu yang seronoknya jadi wanita, terasa kita dihormati bila berada disini. Bila berkunjung ke kampung-kampung di pedalaman, pengasingan ini juga dipraktikkan dan menjadi "aib" untuk membenarkan lelaki berada dalam kawasan wanita, hatta kanak-kanak lelaki yang dah mumayyiz (7 tahun ke atas). Kawasan lelaki dan wanita dibahagi dua, wanita bebas melakukan aktiviti mereka tanpa gangguan lelaki.
Satu sistem yang dipraktikkan juga ialah menyediakan lorong khas untuk wanita berjalan, ini saya dapati ketika berkunjung ke Pustakaan Kuliah Undang-undang Universiti Sultan Qaboos. Manakala waktu biasa diamalkan di pustakaan mereka, cuma bahagian lelaki dan wanita diasingkan. Memang susah nak lihat pelajar berdua-duaan seperti yang kita dapat lihat di kebanyakan universiti di Malaysia. Inilah keunikan orang Oman yang masih mampu kita lihat hari ini, moga mereka menjaga adat ini sebagai panduan umat Islam lain.
Di Malaysia, kerajaan Kelantan cuba menghidupkannya tapi cuma dalam keadaan tertentu, bukan secara menyeluruh. Sekiranya ia betul-betul dihidupkan, kita akan dapat mencegah banyak gejala sosial dalam masyarakat. Tak de lah wanita sibuk-sibuk nak fikir ada wanita lain ingin memikat suami mereka, akan berkurang masalah cinta monyet, putus cinta tengah jalan, bercinta dengan suami atau isteri orang serta pelbagai lagi masalah hubungan lelaki perempuan.
Begitulah cantiknya ajaran agama kita, yang mengambilkira semua segi yang tidak mampu digambarkan oleh kita. Masalahnya kita terikut dengan budaya barat, dan menganggap amalan sebegini ketinggalan zaman. Fikir-fikirkanlah...

Ulasan