Wanita Hari Esok
Bila dah bertemu buku, maka ideapun mencurah-curah, tak dapat saya bayangkan jika berpeluang berada di perpustakaan setiap hari seperti pustakawan, satu perpustakaan milik mereka, pilih je apa yang nak dibaca. Seronoknya. Itulah kelebihan orang yang memilih untuk hidup bersama-sama dengan buku, rezeki dan tuah mereka.
Ada idea menyatakan, masuk saja perpustakaan dah dapat energi buku, dah dapat getaran buku-buku tersebut, tak payah baca, wallahua'lam. Kalau begitu semua ilmu ada pada pustakawan di mana-mana, begitu hebatlah mereka mengatasi ulama-ulama dan segala pakar, betul ke? Masalahnya pelajar universiti hari ini kurang suka berkunjung ke perpustakaan, rugilah kalau begitu, tak dapat energi buku.
Semalam saya berpeluang membaca satu buku kecil tulisan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai "Muslimah Hari Esok" yang diterbitkan pada tahun 2006. Jadi idea ini agak baru lagi, dan ia amat menggembirakan saya. Malah membuatkan saya semakin yakin untuk menyebarkan idea-idea saya. Alhamdulillah... bila dah berjumpa pendapat ulama sebegini, maka kita akan lebih bersedia dengan gerak kerja kita. Itulah hebatnya kata-kata dan ilmu yang ada pada para ulama.
Menurut Qaradawi, wanita hari ini bukanlah wanita ideal seperti yang digambarkan oleh Islam. Masih banyak usaha untuk melahirkan "Muslimat Solihat Mukminat Qanitat Taaibat 'Aabidaat" perlu dilakukan serta banyak kelemahan yang mesti diatasi, barulah umat Islam mampu melahirkan wanita-wanita contoh.
Ini kerana terdapat dua keadaan wanita hari ini sama ada keterlaluan (ghuluw) mengurung mereka atau terlalu membebaskan mereka sehingga terikut-ikut cara barat. Inilah realitinya wanita zaman ini yang boleh kita lihat di mana-mana saja.
Wanita Arab zaman dulu (zaman terkebelakang) terlalu terkongkong, mereka diasingkan dan jahil, mereka diasingkan daripada kehidupan, daripada agama dan daripada dunia, mereka juga dihalang daripada pergi ke masjid serta tidak diajar oleh bapa, abang ataupun suami. Kehidupan mereka hanyalah dalam lingkungan keluarga mereka sahaja. Ini menyebabkan tekanan perasaan kepada mereka, malah ia memberi kesan kepada pendidikan anak-anak mereka. Keadaan negatif sebegitu terhadap wanita sepatutnya diubah, dan umat Islam tidak sepatutnya kembali kepada keadaan itu.
Bila tekanan yang melampau diberikan, maka wanita-wanita ini merasakan perlu keluar daripada situasi ini dan melakukan perubahan. Contoh yang ada hanyalah perjuangan pembebasan wanita di Barat, jadi mereka merasakan itulah satu-satunya jalan keluar untuk wanita membebaskan diri dari cengkaman keadaan. Mereka mula terikut-ikut dengan budaya barat secara "taklid buta" dan terhasillah golongan kedua wanita hari ini, golongan wanita yang inginkan kebebasan sepenuhnya. Mereka memperjuangkan perjuangan menuntut hak-hak seolah-olah ajaran Islam tidak bersesuaian lagi.
Wanita mempunyai kedudukan terhormat dalam Islam, nasib wanita Islam terjaga kerana Allah telah menetapkan fitrah sebegitu. Ia berbeza dengan keadaan di Barat, wanita bangkit menuntut hak mereka kerana mereka dianiaya, mereka mesti bekerja kerana tiada sesiapa memberi nafkah kepada mereka. Islam adalah Islam, Barat adalah barat yang amat berbeza dengan Islam. Kesilapan dalam memahami hakikat inilah menyebabkan wanita Islam juga menuntut hak seperti wanita-wanita barat.
Wanita menuntut hak untuk keluar rumah, hak untuk belajar, hak untuk bekerja serta pelbagai lagi hak. Akan tetapi hak untuk keluar, mereka keluar ke kedai-kedai dan semua tempat kecuali masjid. Wanita Islam masih tidak ramai yang pergi masjid, untuk memperbaiki diri serta belajar ilmu agama. Wanita menuntut hak belajar tapi digunakan untuk belajar ilmu sekular, bukan ilmu agama. Wanita juga menuntut hak untuk bekerja, mempunyai pendapatan sendiri tapi pendapatan tersebut digunakan untuk memenuhi keinginan nafsu yang tidak mampu dipenuhi oleh si suami.
Wanita mampu membeli segala keinginan sendiri, sebab itulah wanita mampu bergaya sakan. kadang-kadang duit gaji habis digunakan untuk pergi ke salon-salon, spa tertentu, membeli alat mekap, pencuci muka, baju-baju yang mesti diganti setiap hari, tudung yang mesti mengikut trend serta pelbagai lagi. Itulah hakikatnya sebelum mendapat gaji bulanan wanita telahpun mempunyai segala macam keinginan yang menuntut untuk dipenuhi. Sekiranya tidak cukup untuk membayar semua keinginan tersebut maka wanita tetap membeli barangan keinginan mereka dengan bayaran bulanan.
Teramat sedikit wanita yang menyedari hakikat ini. Berapa ramaikah yang menghitung ke mana perginya duit gaji setiap bulan? Bagi yang mempunyai anak pula terpaksa membayar untuk nurseri ataupun penjaga, semakin ramai anak makin besar pulalah perbelanjaan untuk itu. Pengalaman menghantar 4 orang anak (2 - 6 tahun) ke nurseri, saya terpaksa membelanjakan lebih kurang RM 800 sebulan, itu belum masuk perbelanjaan susu tepung, pakaian anak-anak yang memerlukan paling kurang 3 pasang sehari setiap orang serta pelbagai lagi. Pendek kata duit gaji cuma habis ke situ.
Keadaan sebegini berlaku dimana-mana, keghairahan wanita untuk bekerja diluar sebenarnya mengundang pelbagai masalah dalam hidup sendiri. Wanita mengundang stress dari pelbagai sudut, hingga akhirnya wanita sendiri yang terpaksa menghadapinya. Itulah realiti wanita zaman ini.
Namun terdapat sebahagian kecil yang menyedari hakikat ini dan mula menghidupkan perjuangan wanita berasaskan pandangan sebenar Islam terhadap wanita. Ilmu sebeginilah yang sepatutnya adalah pada setiap wanita, yang perlu dikembangkan kepada anak-anak, hingga akhirnya wujud "Wanita Hari Esok" yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam.
Moga Wanita Hari Esok adalah wanita yang tahu ke arah mana hidup ini akan dihabiskan, iaitu wanita yang hidup mengikut perkembangan zaman tapi tetap mengamalkan ajaran Islam sejati. Wanita ini adalah wanita-wanita yang faham tentang tanggungjawab asasinya, beriman, berakhlak mulia, memahami hakikat kehidupannya, mempunyai ilmu agama yang mantap. Mereka juga memenuhi tanggungjawab mereka serta yakin dan tenang.
Ini kerana ketenangan wanita mampu menenangkan rumahtangga beliau. Wanita ini ialah wanita yang ikhlas dan setia bersama-sama suami mereka, sanggup susah senang bersama-sama. Fikir-fikirkanlah...

Ulasan