Seronok Belajar
Semasa membaca beberapa artikel secara rawak, tiba-tiba saya terjumpa satu web yang bertajuk "seronok belajar". Tajuk yang digunakan menimbul perasaan seronok belajar, terasa seronok untuk membacanya. Kemudian aqal pun mula memutar kembali kisah-kisah lama sepanjang belajar.
Sememangnya saya sentiasa seronok belajar, rasanya tidak pernah timbul rasa tak ingin ke sekolah atau ke kelas, saya sentiasa seronok ingin ke sekolah. Maklumlah budak tak pernah jumpa tadika, masuk sekolah terus darjah satu, dari situlah belajar segala-galanya. Walaupun demam masih sanggup ke sekolah hinggakan mak ayah risau dengan sikap saya. Alhamdulillah perasaan seronok belajar ini masih berterusan, malah sekarang ingin belajar menulis dalam bahasa Malaysia. Moga Allah memudahkan segalanya.
Sebenarnya perasaan seronok belajar inilah yang mendorong saya menyambung pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah. Ini kerana pengalaman bekerja sekejap sebagai guru sekolah tidak mampu menarik minat saya untuk terus bekerja sebagai guru. Bukan tidak suka bekerja atau menjadi guru, tapi ciri-ciri kerja sebegitu tidak sesuai dengan saya.
Mungkin sebab itulah saya gagal temuduga kursus KPLI (kenangan lamaku), apa taknya penemuduga tanya apakah saya berminat untuk menyambung pelajaran lagi, saya katakan "mestilah, kita mesti sentiasa berusaha untuk meningkatkan pencapaian diri". Masa tu sedih juga sebab orang lain yang dapat keputusan U yang lebih rendah serta tiada pengalaman dalam kepimpinan dipilih. Rupa-rupanya penemuduga lebih tahu siapa yang lebih sesuai untuk jadi guru.
Guru adalah kerjaya yang amat saya minati tapi skop pengajaran menyebabkan saya tidak mampu meneruskan kerjaya ini. Pengalaman mengajar pada tahun pertama amat manis bagi saya, maklumlah kali pertama mengajar, saya penuhkan masa membaca, membuat rujukan dan sebagainya. Masalahnya bila masuk tahun kedua mengajar matapelajaran sama saya jadi jumud, semua topik dah ada dalam kepala, apa yang nak dikaji lagi. Otakpun mula berkira-kira nak cari kerja lain yang lebih sesuai.
Dalam masa yang sama terasa ilmu masih kurang, apabila permohonan untuk sambung sarjana diterima, terasa seronoknya. Masih ada peluang belajar. Dulu-dulu ingatkan habis BA habislah peluang nak belajar, jadi masa belajar BA tu kita tumpukan peluang sehabisnya, walaupun kecewa tak dapat first class, cuma dapat bayang-bayangnya saja. Sekarang saya tergelak, betapa jahilnya saya ketika belajar BA kerana menyangka cuma orang yang dapat first class saja yang dapat sambung MA dan jadi pensyarah.
Perasaan seronok belajar ni mesti datang dalam diri. Kalau seseorang tu rasa seronok belajar, dapat cikgu macammana pun tidak akan memberi kesan kepadanya. Cikgu yang garang mengajar diri berdisiplin, yang lembut mengajar kita menjaga emosi, yang ceria, happy go lucky membuatkan kita juga ceria dan gembira. Cikgu cuma pembimbing, yang lain-lain mesti datang dari diri kita sendiri.
Masalah pelajar sekarang ialah ramai yang tidak terasa keseronokan belajar, mengapa begitu? Apakah persekitaran pembelajaran, guru-guru, sukatan pelajaran yang menyebabkan mereka jadi sebegitu? Bagi saya perasaan tu yang mesti ada dalam diri dulu, yang lain-lain boleh diatasi. Masalah guru kurang memberi perhatian kepada kita, kerana kita tidak memberi tumpuan semasa belajar. Rasanya tidak ada guru yang buat tak endah kepada murid-murid yang tekun belajar. Yang mempunyai masalah sebegini hanyalah pelajar yang sememangnya tidak berminat untuk belajar, kemudian mereka menyalahkan guru atau sekolah.
Jadi sebelum kita menyalahkan orang lain, perlulah dinilai diri sendiri, apakah kita mempunyai minat belajar, apakah kita suka menerima perkara-perkara baru, apakah kita suka memerhatikan keadaan sekeliling kita dan berfikir serta banyak perkara lain lagi. Sekiranya kita menyukai perkara-perkara berikut, alhamdulillah.

Lepas tu fikirkan adakah kita betul-betul berusaha untuk melakukan sehabis usaha kita, ataupun kita cuma ikut-ikut saja. Nak kena ada yang ketuk baru kita nak bergerak untuk melakukan tugasan kita. Malah banyak lagi perkara yang mesti kita hitung berkaitan diri-sendiri sebelum meletakkan kesalahan kepada pihak lain.
Ibubapa dirumah juga perlu memainkan peranan mendorong minat seronok belajar ini. Sekiranya ibubapa buat tak endah tentang pelajaran anak-anak, maka sifat tidak seronok belajar lah yang timbul. Inilah peranan utama ibu-ibu, malangnya ramai yang sibuk dan tak sempat bertanyakan masalah pembelajaran anak-anak. Hasilnya wujud ramai anak-anak yang tidak minat belajar. Sayangnya...
Ramai yang menyalahkan teknologi zaman ini, banyak sangat saluran TV, banyak video game, banyak lagi lah cabaran lain. Berapa banyakpun teknologi ini sekiranya kita mengambilnya dengan positif, ia akan memudahkan kita. Masalahnya diri sendiri tidak mampu mengawal kehendak dan berdisiplin.
Zaman dulu-dulu, memang tidak ada semua teknologi moden ini, tapi kanak-kanak bebas bermain dan berinteraksi dengan alam sekitar. Kanak-kanak berfikir apa jenis permainan yang ingin dilakukan mereka, tanpa gangguan dari pihak luar. Mereka mencipta permainan, menggariskan undang-undang permainan kemudian bermain bersama-sama. Jadi belajar wujud dimana-mana, sambil bermain mereka berfikir, itulah keseronokannya.
Bila tiba peluang belajar disekolah, mereka seronok mengaplikasi apa yang dipelajari di sekolah dengan permainan mereka sehari-hari. Sayangnya anak-anak hari ini tidak berpeluang mengalami keadaan ini, ramai yang terkurung dirumah dengan TV, video game dan internet, menantikan kepulangan ibubapa dari tempat kerja. Jadi dari mana mereka akan beroleh keseronokan ini, jika jiwa mereka sehari-hari berasa tidak seronok.
Lepas tu pula ramai ibubapa cuma mengharapkan kejayaan anak-anak mereka tanpa menyedari bahawa mereka memerlukan pengisian lain, yang tidak mampu diadakan oleh ibubapa mereka. Anak-anak terpaksa menghadiri pelbagai kelas tuisyen untuk mendapatkan kejayaan yang diingini oleh ibubapa mereka. Setiap waktu anak-anak disusun oleh ibubapa, hinggakan anak-anak tidak berpeluang menjadi kanak-kanak yang sebenar. Kesian mereka...
Bagi saya, sebelum kita menggariskan apa-apa yang patut dilakukan oleh anak-anak kita, nilailah diri kita dahulu, apakah aku melakukan sebegitu, apa yang aku rasa bila disuruh buat begitu, sekiranya kita rasa seronok melakukannya, bolehlah diterapkan kepada anak-anak kita. Sekiranya kita sendiri merasa tertekan, maka carilah jalan supaya anak-anak kita tidak mengulangi apa yang kita rasa dahulu.
Bila mereka dapat menilai tugasan mereka, akan wujudlah perasaan seronok belajar, seterusnya perasaan ingin belajar akan wujud dalam diri mereka tanpa paksaan dari kita. Betapa seronoknya belajar...

Ulasan