Pentingnya Bersyukur
Pentingkah Bersyukur? Berapa banyakkah kita memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari? Ingatkah diri untuk bersyukur setiap kali bangun tidur, serta setiap kali mampu menyelesaikan kerja-kerja kita?
Inilah satu perkara yang selalu kita lupai. Kita sibuk memikirkan kesusahan kita tapi terlupa untuk bersyukur di atas segala kelebihan yang kita ada. Kita lebih memikirkan kekurangan kita tapi lupa untuk melihat segala kelebihan yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Ingatkan diri kita selalu betapa pentingnya bersyukur untuk mencapai kejayaan yang lebih lagi.
"Bersyukur kepada Allah" sama ada ucapan "alhamdulillah" ataupun "syukur" sepatutnya kita letakkan sebagai perkara utama untuk diperbaiki. Bila kita bersyukur di atas segala kejayaan-kejayaan kecil, Allah akan membuka lorong untuk kita mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan. Kadang-kadang kita lupa bahawa kita telah berjaya menyelesaikan banyak perkara setiap hari, namun kita tidak nampak, jadi yang kita nampak hanyalah kekurangan kita.
Setiap insan ada kemampuan dan kelebihan diri, apabila kita bersyukur dengan apa yang kita ada, perasaan kita akan lebih gembira dan tenang. Sekiranya itulah yang kita amalkan setiap hari, tidak mustahil kita akan mampu membawa diri kita ke dalam golongan orang-orang yang bersyukur.
Bagi surirumah perkara utama untuk kita syukuri ialah peluang kita berada di rumah, peluang untuk menghabiskan masa lebih panjang bersama anak-anak dan suami kita, sedangkan wanita lain terpaksa bekerja untuk membantu suami mereka. Itulah bentuk kelebihan yang kita ada, kita mampu beroleh ketenangan dengan cara ini.
Bila ia melibatkan hubungan dengan Allah ia disebut "Bersyukur" tapi bila ia membabitkan manusia, kita perlu mengucapkan "terima kasih". Pernahkah kita berterima kasih kepada orang-orang yang membantu kita terutama musuh kita? Ini kerana musuh kita mampu memberi pengajaran yang tidak mampu diberikan oleh orang lain. Cuma ia terlalu berat untuk dilakukan oleh kita. Apa tak nya, bila perasaan marah menguasai diri, semuanya nampak tak elok.
Pernahkah kita mengucapkan "terima kasih" kepada suami kita kerana memberi peluang untuk kita berada dirumah? Pernahkah kita bersyukur kerana suami menerima kita seadanya? Ucapan tersebut amat berharga kepadanya, daripada merungut tak tentu pasal. Syukur juga adalah gambaran sikap positif kita dalam hidup ini, tanpa bersyukur kita tidak nampak segala nikmat yang telah kita kecapi.
Orang-orang barat memulakan "gratitude log" semata-mata untuk menulis setiap perkara untuk disyukuri kerana mereka menganggap dengan bersyukur kita akan mampu mencapai kejayaan yang lebih baik dalam hidup kita. Sebagai seorang Islam, kita telah diingatkan supaya sentiasa bersyukur dalam setiap urusan kita, malah Rasulullah mengajar kita supaya mengucap syukur apabila bangun tidur. Apabila hidup kita setiap hari bermula dengan penuh kesyukuran, maka insya Allah segala urusan lain akan dipermudahkan.
Peringatan kepada diri...BERSYUKURLAH SELALU. ALHAMDULILLAH.

Ulasan