Hadith....sedih melihatnya.

Bila berjalan-jalan sambil membaca blog dalam tajuk yang dicari, serta membaca pelbagai tulisan yang dikongsikan di facebook, hati ini terasa bagai dihiris-hiris dan pedih melihat apa yang ditulis. Banyaknya hadis dhaif dan palsu disebarkan.

Mengapa ini yang berlaku dalam zaman yang serba canggih sebegini? Apa salahnya kita pastikan dulu tahap kesahihan satu-satu hadis sebelum menyebarkannya, bukan sekadar 'share' bila melihat isi yang dipaparkan menarik hati kita.

Sememangnya tidak salah kita menyebarkan benda baik, tetapi pastikanlah sumbernya. Betulkah kita menyebarkan apa yang disuruh oleh Rasulullah saw ataupun kita menyebarkan perkara yang tiada asalnya daripada baginda.

Teringat sabda baginda
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
yang bermaksud, 'barangsiapa yang sengaja berbohong terhadapku, maka dia menempah tempat dalam api neraka'.

Mungkin anda tidak berniat untuk membohongi baginda Rasulullah saw, akan tetapi bila menyebarkan tulisan yang mengandungi hadis-hadis yang bukan berasal daripada baginda, terasa seakan-akan kita mempermain-mainkan baginda.

Apakah itu tanda kasih-sayang kita terhadap baginda?

Bila bercerita bab ini, saya teringat kisah Imam Bukhari mengumpulkan hadis, yang mana beliau sangat mementingkan kesahihan fakta yang dikumpulkan, sehingga beliau tidak mengambil riwayat seorang yang amat dipercayai tetapi ketika itu menipu binatang.

Sungguh tinggi pengorbanan yang telah beliau lakukan semata-mata ingin memastikan apa yang disebarkan hanyalah hadis yang sahih. Akan tetapi umat Islam hari ini begitu rancak menyebarkan hadis yang tidak jelas puncanya. 

Malah teknologi hari ini memudahkan kita menyebarluaskan lagi perkara-perkara yang tidak sahih daripada Rasulullah saw. 

Moga kita dapat saling ingat-mengingatkan, dan dapat memastikan bahawa kita hanya menyebarkan fakta-fakta yang sahih sahaja.

Sama-samalah kita menunjukkan rasa sayang kita kepada baginda dengan memastikan dahulu kesahihan riwayat yang dikaitkan dengan baginda. Itulah tanda sayang yang sebenar-benarnya kepada baginda.  

Ulasan

baitibrunei berkata…
salam kak za..
camana nak tau hadis tu palsu ke dhaif ke etc utk org2 biasa cam baiti ni? risau juge if terfoward/share bende2 camtu ;(

betui tu kak za asalnye niat baik tapi..

baiti
AkuHuduh berkata…
my komen is no komen

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas