Jenis Khat Terawal


 Surat Rasulullah kepada Pemerintah Oman
 Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi tentang satu jenis khat yang sangat menarik hati saya. Sebenarnya gambar ini saya ambil daripada 'Kota Khasab' ketika berkunjung ke Musandam semasa cuti raya aidilfitri lepas.

Dalam banyak-banyak barang sejarah yang dipamerkan, gambar khat ini juga yang paling menarik hati saya. Ini kerana ia merupakan satu jenis tulisan khat yang ditulis semasa zaman Rasulullah saw. Bentuk khat yang digunakan ialah khat khufi, iaitu jenis khat yang paling awal ditulis oleh umat Islam.

Alhamdulillah tercapai impian nak melihat contoh tulisan pada zaman baginda, walaupun ia bukan hasil tulisan baginda, tapi ia mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi, dan tanda khatam(cop) baginda disebelah bawah itu lebih berharga buat umat Islam hari ini.

اللهم صل على سيدنا محمد على آله وأصحابه أجمعين

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?