Luahan Hati...

Perkenalan dialam maya membuatkan saya tersalah menilai seseorang. Bagi saya 'dia' cukup baik, tulisan dan chat yang begitu unik, cukup membuatkan saya menerima kehadirannya dalam kehidupan saya.

Malah hati ini begitu teringin untuk bertemu dengan dia yang saya anggap sebagai 'adik' di alam maya.
Sayangnya...hubungan yang sepatutnya menjadi lebih erat, kerana disusuli dengan ikatan yang lebih kuat luntur, bila kali pertama melihat layanan yang diberikan bila bertemu.

Itulah kali pertama saya dilayan sedemikian rupa sebaik sahaja kaki ini menjejaki tanahair tercinta...hanya Allah yang mengetahui apakah motif disebalik semua kejadian itu.

Ini membuatkan saya terfikir, apakah salah saya? Segala impian manis yang ingin saya rasai pada kepulangan kali ini, bermula dengan kesedihan. Apa yang manisnya ialah saya bakal bertemu dengan tiga orang adik ipar serentak. Tapi ketentuan Yang Maha Esa adalah jauh berbeza...

Rupa-rupanya ada rahsia yang disembunyikan oleh keluarga daripada saya selama ini. Terlalu banyak rahsia... Apa yang saya alami itu cukup untuk membuktikan apa yang mereka rasai selama ini.

Satu demi satu kisah diceritakan kepada saya, dengan linangan airmata ibu...sayalah orang terakhir yang mengetahui penderitaan hati seorang ibu, yang disembunyikan selama ini.

Namun hati ini masih ingin melihat sisi-sisi positif daripada semua itu, agar kekelaman tersebut bertukar menjadi cerah.

Moga Allah membuka hati seorang 'adik' untuk menilai kembali detik-detik yang dilalui bersama-sama insan-insan baru dalam hidupnya.

Moga kehidupannya selepas ini lebih baik  daripada semalam.

Ulasan

Naa..a berkata…
za..semoga Allah memberi hidayah baru buatnya..kita doakan supaya ianya berubah.apa yg mampu hanya doa dan usaha dgn pnuh hikmah.
Aliza Yunus berkata…
Terima kasih nah...moga selepas ini za mampu mendengar berita baru, walaupun selalu ketinggalan gerabak keretapi.
Begitulah ujian hidup diperantauan, kenalah selalu redha, jika tak za juga yg susah.
Aliza Yunus berkata…
Terima kasih nah...moga selepas ini za mampu mendengar berita baru, walaupun selalu ketinggalan gerabak keretapi.
Begitulah ujian hidup diperantauan, kenalah selalu redha, jika tak za juga yg susah.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman