Hebatnya Teknologi Para Sahabat Rasulullah SAW
Gambar empangan air di Qairawan Alhamdulillah...akhirnya dapat berkongsi sedikit gambar-gambar yang diambil semasa kami melawat bandar Qairawan, sebuah pusat pemerintahan Islam di Afrika Utara pada zaman pembukaan Islam yang dilakukkan oleh para sahabat Rasulullah saw. Bandar Qairawan terletak lebih kurang 50km daripada tempat tinggal suami saya di Sousse, Tunisia. Namun begitu ia merupakan tempat terakhir yang sempat kami lawati semasa kami ke Tunisia, iaitu sehari sebelum kami berangkat balik ke Oman semula. Bandar bersejarah ini amat menarik perhatian saya, namun begitu saya tidak sempat melawat kesemua peninggalan sejarah dibandar ini. Empangan dari sudut lain Apa yang jelas kerajaan Tunisia begitu mengambilberat segala peninggalan sejarah dengan menjaga serta membaikpulihnya. Inilah bukti teknologi yang digunakan oleh para sahabat Rasulullah SAW untuk memudahkan penduduk yang diperintah Salah satu daripada kemudahan tersebut...