Tempat Baru Suasana Baru

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah kerana beroleh kekuatan untuk mencatat kembali disini.

Alhamdulillah sekali lagi kerana masih beroleh kekuatan untuk meneruskan kehidupan dibumi asing, walaupun hati begitu ingin berada ditanahair tercinta.

Alhamdulillah kenangan percutian ditanahair pada tahun lepas banyak memberi semangat buat diri ini mengharungi hidup dibumi Muscat ini.

Bila terasa sunyi keindahan masjid ini mengubat hati. Masjid Said bin Taimur ini terletak berdekatan rumah kami sekarang. Alhamdulillah hati terasa begitu tenang bila memandangnya dari tingkap belakang rumah.
Inilah bahagian depan masjid yang begitu cantik. Saya masih teringat lagi masjid inilah tempat kami singgah beberapa kali ketika mencari rumah disekitar kawasan ini pertengahan tahun lepas. Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki untuk kami tinggal berdekatannya.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana meletakkan kami ditempat yang begitu indah, penuh ketenangan. Dihadapan rumah pula ada taman kecil sesuai untuk anak-anak lelaki keluar bermain bola setiap petang.
Kawasan sekeliling rumah pula penuh dengan rumah-rumah besar dan tersergam indah menenangkan hati bila memandangnya.

Setiap kali menjamu mata melihat pelbagai bentuk rumah, saya mensyukuri segala nikmat ini. Meskipun kami hanya menghuni flat kecil ditingkat paling atas tetapi ia begitu tenang, begitu jauh beza daripada tempat lama.

Alhamdulillah moga ketenangan ini berterusan dan saya mampu mencapai target yang ingin dicapai pada tahun ini.

Alhamdulillah inilah nikmat sementara didunia ini. Syukur dan terus bersyukur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman