DI MANA KITA SEKARANG?


Ramadhan sudah berakhir, pergi meninggalkan kita yang masih meneruskan kehidupan kali ini. Syawal pula menjelma, disambut penuh keriangan setelah berjaya menunaikan ibadah puasa tahun ini.
Apakah status puasa kita kali ini, hanya Allah yg dapat menentukan. Apakah ada perubahan daripada puasa-puasa yg lalu atau kita cuma sekadar berlapar dahaga sepanjang hari. Ramai yg gembira untuk menyambut raya tapi ramaikah yang sedih dengan berakhirnya Ramadhan kali ini.
Pelbagai persiapan kita sediakan untuk sambut raya, tapi apakah persediaan kita untuk kehidupan yang selanjutnya. Moga-moga persekolahan Ramadhan tahun ini memberi kesan yg positif kepada kita untuk berubah ke arah yg lebih baik. Jadikan detik 1 syawal sebagai titik permulaan untuk kita memulakan perancangan baru yg berasaskan keimanan mantap, agar kehidupan kita hari ini dan seterusnya beroleh keredhaan Allah swt. Di manakah kita sekarang...?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman