Wanita dalam Al-Quran

Sesungguhnya pelbagai kisah tentang wanita disebutkan dalam Al-Quran, malah ada diantara surah al-Quran dinamakan sempena wanita seperti surah Al-Nisaa, Maryam, Al-Nur dan al-Mumtahinah.

Allah swt mengingatkan supaya melayani wanita dengan baik sebagaimana yg disebutkan dalam surah al-Nisa: 19 "dan pergaulilah mereka (wanita) dengan baik". Malah Rasulullah mengingatkan dalam khutbah terakhir supaya berbuat baik dengan wanita "dan aku berwasiat berbuat baiklah dengan wanita". Mengapa kita mesti berbuat baik dengan wanita?

Di dalam Al-Quran, pelbagai sifat wanita digambarkan oleh Allah swt sebagai panduan dan peringatan kepada kita, diantaranya:
1. sifat wanita beriman dan mengabdikan diri beribadat kepada Allah swt semata-mata seperti yg digambarkan tentang Maryam dalam Surah Maryam.

2. sifat wanita penggoda dan wanita-wanita yg terpesona dengan kekacakan lelaki sehingga terpotong jari mereka seperti yg diceritakan dalam Surah Yusof.

3. Wanita baik yang terpaksa hidup denga suami yg jahat dan tidak beriman sebagaimana yg terdapat dalam cerita Asiah, isteri Firaun.

4. Wanita yang sabar menjaga suaminya yang sakit,dalam cerita Nabi Ayub.

5. Wanita yang membantu ayahanda mereka yg sudah tua menguruskan ternakan, seperti yg terdapat dalam cerita anak perempuan Nabi Syuib. Dalam cerita ini wanita disifatkan sebagai pemalu, mereka terpaksa menunggu sehingga lelaki selesai memberi minum ternakan mereka, kemudian barulah wanita tersebut memberi minum ternakan mereka, juga digambarkan mereka berjalan malu-malu ketika ingin menjemput Nabi Musa bertemu dengan ayah mereka. Wanita dalam cerita ini berani memberi pendapat kepada ayahanda mereka untuk menawarkan tugas kepada Nabi Musa.

6. Wanita bersifat Ibu yg digambarkan dalam cerita Nabi Musa, yg mana Allah mencampakkan ilham ke dalam hati ibunda Nabi Musa untuk menyelamatkan Nabi Musa dari Firaun yg kejam. Di sini Allah mengambarkan bahawa ibu Nabi Musa terpaksa berkorban menghanyutkan Nabi Musa ke dalam sungai kemudian meminta saudara perempuannya mengikuti nabi Musa yg masih bayi lagi. Wanita ini jugalah yg mencadangkan kepada Firaun supaya Nabi Musa diberikan kembali kpd ibunda Baginda untuk menyusuinya, setelah Allah mengharamkan wanita-wanita lain drp menyusui Nabi Musa. Sifat-sifat berani dan bijaksana dapat diperolehi daripada cerita tersebut.

7. Wanita yang taatkan suami, seperti yg terdapat dalam cerita Sarah dan Hajar,isteri Nabi Ibrahim. Kesabaran Hajar ditinggalkan di padang pasir bersama bayinya yg masih kecil kerana mematuhi perintah suami.

8. Wanita tua yang mandul sebagaimana diceritakan tentang isteri nabi Ibrahim Sarah yg bakal mendapat anak iaitu Nabi Ishak, juga cerita isteri Nabi Zakaria yg mendapat Nabi Yahya ketika berumur lanjut diceritakan dalam surah Maryam.

9. Wanita isteri Nabi-nabi yg tidak taat kepada Allah swt seperti dalam cerita isteri Nabi Nuh, isteri Nabi Lut. Ini menggambarkan bahawa keimanan adalah rahmat yg dicampakkan oleh Allah ke dalam hati setiap insan, tidak semestinya suami baik isterinya juga baik.

10. Isteri jahat yg membantu suaminya berbuat jahat sebagaimana yg diceritakan dalam cerita Abu Lahab dan isterinya, bagaimana mereka menyakiti Nabi Muhammad dalam berdakwah.

11. Isteri yang memohon penjelasan daripada Allah ke atas apa yg berlaku ke atasnya sebagaimana dalam cerita Khaulah bin Tsalabah. Dalam surah ini Allah menceritakan bahawa DIA mendengar rayuan wanita yg teraniaya dalam kes zihar. Cerita ini menunjukkan bahawa Allah menerima doa orang yg berdoa sepenuh hati memohon petunjuk daripada Nya.

Ini adalah di antara kisah-kisah yg menceritakan sifat-sifat wanita dalam al-Quran, sabagai panduan kepada setiap wanita dalam meniti kehidupan di dunia ini. Ini dapat membantu kita memahami wanita-wanita disekeliling kita, dan dapat mengelakkan kita daripada mengata-gata tentang orang lain, kerana itulah wanita...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman