BELAJAR MENULIS

Alhamdulillah, akhirnya terbuka hatiku untuk mencuba menulis dalam bahasa Melayu. Setelah berkali-kali menghadiri kursus menulis, baru sekarang terbuka hatiku untuk menulis, berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang sudi membaca tulisan ini. Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yg dah ditinggalkan berbelas tahun lalu. Bukan kerana ego atau tidak sayangkan bahasa ibunda sendiri tapi kerana kesibukan mengejar impian sendiri.

Baru sekarang aku menghayati betapa susahnya untuk memulakan sesuatu yang dah lama ditinggalkan. Betul ke salah ke ayat-ayat yg ditulis, semuanya berlegar-legar difikiran. Moga Allah memberi kekuatan untukku kembali mencari diri dalam penulisan.

Masihku ingat kali terakhir aku menulis dalam Bahasa Malaysia ialah semasa belajar BM di UIA, masa tu terasa senang sekali, tapi setelah terpaksa menulis setiap kertas kerja dalam BI atau BA menyebabkan aku lupa untuk menghayati bahasa Ibunda tercinta.

Sebenarnya peranan bahasa amat penting dalam membentuk jatidiri, sikap dan tindaktanduk kita. Sebab itulah orang-orang Arab menghantar anak-anak kecil ke kawasan pedalaman untuk memahirkan mereka dengan bahasa ibunda mereka sebagaimana yg berlaku kepada baginda Rasulullah saw.

Itulah pengajaran penting yang harus kita kutip untuk anak-anak kita. Jangar biarkan mereka hilang jatidiri mereka. Bila kita melupakan bahasa kita sendiri, akhirnya kita akan merasakan kehilangan sesuatu yang amat mahal untuk dibandingkan dengan wang ringgit. Kita ingin sesuatu tapi apa....inilah pengalaman saya.

Jadi apa yang diperjuangkan hari ini,menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran adalah tidak tepat, kita mesti kembali berfikir dalam bahasa kita, kerana disitu ada sesuatu yang telah tersurat dalam DNA kita, menggunakan bahasa lain akan menyebabkan kita melakukan sesuatu yg bertentangan dgn DNA kita, maka akan berlaku kacau bilau dalam diri, pertentangan dalam diri.

Bahasa nilai Bangsa...

Memang tidak salah belajar bahasa Asing, menperkayakan diri dengan pelbagai ilmu tapi setiap ilmu yg ada hendaklah diamalkan. Begitu juga bahasa, ia adalah sebahagian daripada ilmu, ia mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat.
Fikir-fikirkanlah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman