Siapa Kita

Dalam meniti perjalanan hidup ini, kita tidak boleh lari daripada memikirkan hakikat diri, kerana dari situ kita dapat mengenal yang Maha Pencipta.
Siapa kita? Mengapa kita di sini?
Sekiranya kita kembali kepada kitab suci al-Quran kita akan dapati beberapa ayat yang menjelaskan supaya kita memikirkan tentang diri kita. Ia juga berkait rapat dengan anjuran supaya kita berfikir.
Di antaranya firman Allah swt yang bermaksud:
سنريهم ءاياتنا في الأفاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق أولم يكف بربك أنه على كل شيء شهيد"
“ Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-quran itu adalah benar, dan apakah tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu”
Surah Fushilat : 53

Di dalam ayat-ayat lain Allah swt berfirman:
“ Dia membuat perumpamaan untuk kamu dari dirimu sendiri……”
Surah al-Ruum: 28
” dan juga pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tiada memperhatikan.”
Surah al-Dzaariyat: 21
Ada Ulama berpendapat bahawa Allah mencipta semua benda di alam ini dgn aturan dan kiraan tertentu sebagaimana yg dijelaskan dalam al-Quran dalam surah al-Qamar:49
إنا كلَّ شَيءٍ خلقناه يقدر yg bermaksud: "Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran"

Semua benda mestilah dibuat dgn kiraan supaya lebih tersusun dan teratur. Begitu juga apa-apa yang dicipta oleh manusia juga mempunyai kiraan dan aturan tertentu, agar ia boleh difahami dan dikembangkan seterusnya oleh generasi berikutnya.

Menjawab persoalan” siapa kita” dijelaskan lagi dalam surah al-Baqarah: 30 – 32 tentang asal kejadian manusia. Berdasarkan cerita tersebut kita adalah makhluk yang dijadikan Allah swt untuk menjadi khalifah di alam ini.
Didalam surah al-Baqarah: 30 Allah berfirman:
{وإذ قال ربك للملآئكة إني جاعل في الأرض خليفة قالوا أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء
ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك قال إني أعلم ما لا تعلمون}
Yang bermaksud “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di mukabumi”. Mereka berkata: ”Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih kepada Engkau” Allah berfirman; ”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Pernahkah kita berfikir tentang kejadian manusia sebagaimana yg dijelaskan didalam ayat ini “Sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”

Saya percaya bahawa Allah sengaja menjadikan kita supaya kita sendiri yang mencari jawapannya dengan berpandukan kepada ilmu pengetahuan sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat berikutnya:

وعلم ءادم الأسماء كلها ثم عرضهم على الملائكة فقال أنبئوني بأسماء هؤلاء إن كنتم صادقين {31} قالوا سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم {32} قل يا ءادم أنبئهم بأسمائهم فلما أنبأهم بأسمائهم قال ألم أقل لكم إني أعلم غيب السموات والأرض وأعلم ما تبدون وما كنتم تكتمون.
Yang bermaksud: ”Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman:”Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar”, Mereka menjawab: ”Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: ”Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini; Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: ”Bukankah sudah Ku kepadamu, sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan”.

Jadi apakah yang kita perlu ketahui dalam ayat ini
sesungguhnya Allah telah menjadikan kita tinggal di mukabumi ini semata-mata untuk menguji siapakah diantara kita yang paling elok amal perbuatannya
Orang yang paling baik amalannya di kalangan kita ialah orang yang mengenali Allah, mengetahui dan meyakini ketentuan, kebesaran, keadilan dan kebijaksanaanNya.
Kemudian dia mentaati segala perintahNya dan meninggalkan pula segala laranganNya.
Dan untuk mengetahui segala kehebatan itu kita mestilah berlandaskan kepada ilmu.
Kita dapat belajar dengan penuh khusyuk dan rasa keinsafan….maka mestilah pula ada persaingan dan penguasaan serta cintakan kekekalan….jika itu berkekalan maka kita akan sentiasa berada dalam suasana keraguan dan berfikir tentang Nya sentiasa.

Pernahkan pula kita berfikir betapa kita dihormati semasa mula kejadian ADAM a.s?
mula-mula Allah taala memperlihatkan kedalaman ilmu pengetahuan Adam dan didemonstrasikan dihadapan malaikat
kemudian Allah memerintahkan agar malaikat melakukan sujud penghormatan terhadap Adam a.s.

Itulah gambaran manusia yang dijadikan oleh Allah swt, betapa hebat dan kitalah yang diharapkan untuk menjadi khalifah di bumi ini. Mengapa Allah memilih kita?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman