Sekolah Ramadhan
Sekolah Ramadhan adalah satu institusi hebat ini dihadiri oleh seluruh umat Islam yang cukup umur dan beraqal, yang beriman kepada Allah swt. Kehebatan sekolah ini tiada tandingannya dengan mana-mana institusi pendidikan di alam ini. Sijil utama untuk menghadirinya adalah dua kalimah shahadah, yang mana ia membezakan orang Islam daripada yang selainnya. Sekolah untuk mendidik jiwa ini dibuka serentak di seluruh dunia setelah pengumuman dibuat oleh pihak berwajib, iaitu setelah melihat anak bulan Ramadhan. Dapatkah kita bayangkan betapa hebatnya sistem pendidikan ini, yang diatur sendiri oleh Yang Maha Berkuasa untuk hamba-hambanya yang taat kepadaNya. Manakala cara-cara menghidupkannya didemonstrasi sendiri olah PesuruhNya, Nabi Muhammad sallalahualaihi wassalam. Jadi apakah visi kita semasa menghadiri Ramadhan 2009 ni? Apakah yang kita cari kali ini? Bayangkan sekolah yang dihadiri setiap tahun ini sepatutnya sudah mampu menaikkan taraf kita ke peringkat yang lebih baik, sayangnya ram...