Ijazah Pengurusan Rumahtangga

Alhamdulillah awal bulan November ini, saya sempat berkenalan dengan seorang lagi pemegang "Ijazah Pengurusan Rumahtangga", apakah keistimewaan ijazah ini?.

Pada mulanya saya agak terkejut bila mendengar 'ijazah tadbir al-manzili' kemudian apabila bertemu dengan seorang lagi kawan juga memiliki ijazah yang sama, saya jadi berminat untuk bertanya lebih lanjut tentang bidang pengajian ini.

Seronokkah wanita mempunyai kelulusan dalam bidang ini? Apakah ia begitu berharga untuk wanita pelajarinya, dalam usaha melengkapkan diri sebagai seorang surirumah yang efektif? Apakah sebenarnya yang diajar dalam bidang ini?

Banyak lagi persoalan lain yang bermain-main diminda saya, sebahagiannya sudah mendapat jawapan, manakala sebahagian lagi memerlukan masa untuk saya lebih faham mengenainya. 

Kemudian saya tertanya-tanya lagi, apakah ijazah yang sama ada ditawarkan kepada pelajar-pelajar perempuan diuniversiti-universiti di Malaysia? Jika ada, alhamdulillah...makin ramai insan yang menghargai bidang ini. 

Sebenarnya saya sempat berkenalan dengan dua orang jiran daripada Mesir yang mempunyai ijazah ini. Kedua-duanya amat seronok menceritakan tentang kelebihan ijazah yang mereka miliki, lebih-lebih lagi mereka berdua adalah surirumah sepenuh masa. 

Bagi mereka, ijazah yang diperolehi banyak membantu mereka menguruskan rumahtangga dengan lebih terancang, malah mereka mempunyai teknik-teknik khas dalam pengurusan rumahtangga serta pendidikan anak-anak.

Nampak gaya saya kenalah berguru dengan mereka untuk lebih memahami 'apakah pengurusan rumahtangga yang efektif'. 

Jika kena pada tempatnya, tidak mustahil wanita yang berkelulusan dalam bidang ini mampu membantu membangunkan masyarakat disekeliling mereka. Fikir-fikirkanlah.... 


Ulasan

azie berkata…
menarik! kalau ada pengajian jarak jauh, berminat saya jadi studentnya.
Ummu Tasneem berkata…
salam,

aah saya juga berminat.. ini boleh dijadikan satu buss juga
Aliza Yunus berkata…
Salam Azie dan Ummu Tasneem...

Bila dengar terasa best sangat pengajian ini...terasa amat perlu untuk kita miliki ilmu-ilmu sebegitu, namun perjalanan hidup masing-masing amat berbeza.

Bagi kita yang tak berpeluang ni, masa masih ada untuk kita mencari ilmu-ilmu sebegini untuk kebaikan keluarga kita.

Manfaatkanlah setiap masa kita, insya Allah kita juga mampu memilikinya, bergurulah dengan ibu, ibu mertua, serta surirumah yang lebih berpengalaman drp kita.

Moga Allah memudahkannya...

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas