Ulasan Buku - Pendidikan Anak-anak...
Alhamdulillah...teringin berkongsi satu maklumat yang diperolehi daripada buku "Tarbiyah Al-Abnaa' wal Banat fi 'dhau Al-Quran wal-Sunnah" tulisan Syeikh Khalid Abdul Rahman Al-Ak mengenai pendidikan anak-anak. Petikan daripada kata-kata Jundab bin Abdullah Al-Jubali (sahabi) iaitu: "Kami mempelajari iman, kemudian kami mempelajari al-Quran, maka bertambahlah iman kami.." Penulis menyebut tentang pentingnya mengajar al-quran kepada anak-anak untuk menguatkan keimanan mereka. Ini juga bersesuaian dengan wahyu pertama iaitu 'iqraa', iaitu bacalah dengan nama Allah swt. Dalam topik yang sama penulis menyebutkan tentang sunnah Rasulullah saw agar kita menghafal kitabullah serta memahaminya. Beliau juga menyebut tentang " pekerjaan pertama Muslim ialah menghafal al-quran dan memahaminya, serta wajib mempelajari segala ilmu yang membantu untuk memahami kitabullah." Ini kerana diantara tujuan pendidikan Islam ialah menghafal kitabullah bersert...