Kalah dengan Bencana Alam...

Sehebat manapun manusia, tetap tidak dapat mengalahkan ketentuan Allah swt...

Itulah yang berlaku kepada negara yang begitu angkuh terhadap orang Islam. Semenjak minggu ini, sibuk diperkatakan tentang kejadian kebakaran hutan di Israel yang telah meragut lebih 40 nyawa.

Berbagai-bagai usaha telah dilakukan untuk menghentikan kebakaran tersebut, tapi masih menemui kegagalan. Mereka meminta bantuan daripada negara-negara lain untuk sama-sama memadamkan kebakaran tersebut, maka 16 buah negara turut membantu termasuklah hero umat Islam awal tahun ini Turki.

Malah semalam turut dinyatakan Mesir, Jordan dan kerajaan Palestin juga akan turut membantu menghentikan bencana alam tersebut.

Apa yang nak diperkatakan disini ialah seberapa angkuh dan hebat manusia, tetap ada yang lebih hebat daripada mereka. Itulah juga yang diakui oleh pemimpin Israel, mereka kalah dengan bencana alam.

Apabila disoal 'apakah Israel tidak mempunyai kelengkapan untuk memadamkan kebakaran?' Jawapannya ialah mereka tidak mempunyai kelengkapan itu sehebat kelengkapan perang. Oleh itu mereka perlu mendapat bantuan negara-negara lain.

Kadang-kadang terfikir juga, apakah kita patut mempercayai usaha yang dibuat oleh orang Islam yang tidak mempunyai prinsip yang jelas, seperti Turki. Suatu ketika ingin menonjolkan diri sebagai hero umat Islam, kemudian dalam masa tidak sampai setahun, turut sama membantu musuh Islam.

Allah ingin menguji setakat mana keangkuhan Israel, mampukah mereka menang bila berdepan dengan takdir Allah swt. Yang peliknya kebakaran berlaku waktu musim sejuk, tetapi tetap merebak dengan cepat, serta sukar untuk dikawal. Subhanallah....

Apakah umat Islam masih belum mengambil iktibar daripada kejadian ini? Fikir-fikirkanlah...






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?