Janji Tak Tertunai...

Bila membaca balik post-post yang ditulis sebelum ini, terasa banyaknya janji pada diri yang masih belum tertunai.

Apakah silapnya, dimanakah kurangnya? Memang banyak idea-idea yang belum mampu dilaksanakan, malah banyak idea-idea yang tertangguh...

Bila akhir-akhir tahun begini banyaklah saya menganalisa diri, mengharap agar dapat menghasilkan sesuatu yang amat berharga buat diri. Apa yang pasti setakat ini saya belum mampu menyiapkan apapun buku dalam bahasa Malaysia.

Saya masih bertanya diri, susahkan untuk menulis secara formal? Kemudian teringat janji kepada diri sendiri untuk menghasilkan sesuatu yang amat bermakna, juga masih belum terlaksana.

Siapakah yang akan saya salahkan? Jawapanya adalah diri ini...diri yang hanyut membaca tapi tidak berusaha untuk menulis serta berkongsi apa yang dibaca tersebut.

Moga Allah memberi kekuatan untuk saya terus menulis serta berkongsi idea disini. Amin.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?