Jauhnya Impian Saya...

Setiap insan mempunyai impian...ramai yang berusaha untuk mencapainya, kadang-kadang tercapai kadang-kadang terhenti dipertengahan jalan.

Ada impian diri sendiri, ada juga impian untuk ummah...
Impian saya untuk Ummah Islam ialah ingin melihat umat Islam bersatu serta berjaya mengatasi kejayaan orang bukan Islam. Saya ingin melihat umat Islam disanjungi, serta menjadi khalifah dialam ini.
 
Kadang-kadang terfikir, jauhnya impian ini kerana realitinya umat Islam berpecahbelah. Semakin hari ummah kita semakin mengecil walaupun jumlah kita ramai. Dimana-mana saja umat Islam meminta kemerdekaan, meminta kuasa bagi negara sendiri.

Lihatlah Sudan yang sudah terbahagi dua, yang mana 99% penduduk Sudan Selatan memilih untuk berpisah daripada Sudan. Di Iraq, Syria dan Turki pula puak Kurdistan meminta untuk berpisah dari mereka. 

Di Afrika Utara pula kaum Amaziq mendesak untuk memiliki autoriti sendiri. Jadi negara-negara seperti Algeria, Tunisia, Morocco, Libya dan Mesir sedang berdepan dengan masalah ini. Amaziq adalah penduduk asal negara-negara tersebut, manakala Arab adalah bangsa pendatang, yang datang semasa Zaman Penaklukan Islam (Futuhat Islamiyyah).

Walaupun kita mengenali negara-negara tersebut sebagai negara Arab, tetapi penduduk asal mempunyai kebudayaan serta bahasa mereka sendiri yang amat jauh bezanya daripada bahasa Arab.

Begitu juga saya ingin melihat pendokong Islam memimpin negara-negara Islam dengan penuh adil dan saksama.

Akan tetapi kesan revolusi di Tunisia, pemimpin Parti Nahdah jelas menyatakan bahawa mereka tidak akan bertanding dalam pilihanraya akan datang, sebaliknya bersatu dengan puak pembangkang. Ini kerana tuntutan mereka selama ini sama dengan tuntutan pihak pembangkang Tunisia sekarang.

Kemudian mendengar komen daripada pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir, terasa makin jauhlah impian ini daripada realiti. Namun begitu saya tetap memasang impian ini, moga suatu masa nanti impian ini akan tercapai.

Jadi bila bermimpikan sesuatu untuk ummah, mestilah bermula dengan diri ini...kerana diri ini adalah sebahagian daripada Ummah tersebut. Moga Allah memberi kekuatan untuk kita mencapai impian masing-masing.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?