Setakat Mana Kesabaran kita?

Sabar..sabar...sabar...
Perkataan yang senang disebut tetapi begitu sukar untuk diamalkan...
Kadang-kadang kita merasakan bahawa kita sudah bersabar, tapi akhirnya hancur juga. Ada yang berpuluh-puluh tahun sabar, kemudian kesabaran tersebut hilang sekelip mata, dengan tindakan tanpa diduga, kemudian menyesal.

Itulah sebabnya kita mestilah bersabar sepanjang masa, tiada waktu untuk memilih nak sabar ataupun tidak.

Teringat kisah seorang kawan suami yang lebih 20 tahun bersabar atas kezaliman pemerintah, menyebabkan beliau tidak dapat pulang menemui keluarga tercinta, yang mana akhirnya beliau membuat keputusan menyerah diri kepada kedutaan mereka disini.

Alhamdulillah beliau dapat pulang menemui keluarga ditanahair, tetapi ditahan disana selama 7 bulan, terpaksa berulang-alik ke bandar untuk disoal-siasat setiap dua minggu, walaupun beliau sudah mendapat kerakyatan Oman. 

Ramai yang tidak menduga tindakan beliau, kerana beliau merupakan seorang aktivis yang aktif. Malah tindakan tersebut telah menyebabkan rakan-rakan lain mengubah tanggapan terhadap beliau. Belumpun sampai dua tahun tindakan beliau, keadaan politik disana berubah, rakan-rakan lain juga dapat pulang menemui keluarga masing-masing.

Saya tidak ingin mengkritik tindakan beliau, tetapi ingin mengatakan bahawa sampai satu tahap kita tidak mampu bersabar, dan ketika itulah kita akan membuat tindakan yang sama-sekali tidak mampu kita duga.

Pengalaman hidup bertemankan insan yang diuji selama 19 tahun terpisah dengan keluarga, boleh dikatakan bahawa ujian tersebut telah sampai ke satu peringkat yang sukar untuk digambarkan, tiada airmata ataupun kata-kata yang mampu menggambarkannya. Bagi saya, ujian emosi ini memang mampu mengugat kekuatan iman kita.  

Namun saya yakin, Allah hanya menguji insan yang mampu menghadapinya..akhirnya DIA memberi Rahmatnya dengan pelbagai kemudahan yang tidak mampu kita gambarkan...Subhanallah.

Oleh itu bersabarlah serta tetapkan bersabar walaupun kita terasa begitu lama kita diuji pada peringkat yang sama, kerana ada Rahmat yang menanti kita kemudian hari.

Saya masih mengingati kata-kata seorang sahabat: "saya merasa terlalu lama diuji pada peringkat ini...setahu saya ujian ini menandakan bahawa saya ada membuat kesilapan, apakah kesilapan tersebut, serta apakah yang masih perlu diperbaiki?"

Tetapkanlah bersabar...kerana hasilnya begitu manis...Subhanallah.

Ulasan

Ms. Moon berkata…
kesabaran itu sebahagian daripada iman. Kesabaran juga diberi Allah pada manusia yang mampu menanganinya. Sesungguhnya ujian yang datang memberikan kekuatan untuk kita terus hidup dengan tabah.
aliza berkata…
Terima kasih Ms. Moon atas perkongsian idea...

Betullah itu ujian setakat mana kekuatan iman kita, moga kita sentiasa mampu bersabar, walauapapun ujian yang menimpa kita.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?