Amalan Diri

Setiap orang mesti mempunyai amalan diri yang jelas, yang mana ia seharusnya diamalkan secara berterusan tanpa mengira keadaan dan tempat.


Ini kerana amalan tersebut mampu menjadi sumber kekuatan serta benteng diri kita daripada sesuatu yang tidak kita ingini.

Amalan diri mampu menguatkan rohani kita, akan tetapi ia memerlukan kepada ilmu. Malah jika ia diamalkan secara tersusun dan teratur ia mampu menyempurnakan jadual harian kita.

Mungkin kita sentiasa memiliki jadual waktu yang tersusun dari segi gerakkerja harian, tetapi selagi kehidupan kita kosong daripada amalan rohani, akhirnya kita akan tercari-cari sesuatu untuk memenuhi keinginan rohani kita.

Apapun amalan yang kita pilih, pastikan ia berasaskan quran dan sunnah yang jelas, serta menjadikan amalan menghafaz al-quran sebahagian daripada waktu kita.

Program kerohanian yang terbaik ialah amalan berterusan pada bulan Ramadhan. Jadi jika kita ingin memulakan perubahan rohani, mulakanlah pada bulan Ramadhan, kemudian pastikan segala amalan tersebut berterusan walaupun sedikit.

Jika ingin memulakannya, mulakanlah sedikit yang mana kita dapat pastikan bahawa kita mampu mengekalkannya setiap hari. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah saw "sebaik-baik amalan ialah yang berterusan walaupun sedikit".

Diantara cadangan amalan menurut Syeikh Said Hawwa dalam buku "Tarbiyah Ruhiyyah" ialah:

1. Pastikan solat pada awal waktu.

2. Solat Sunat rawatib. Amalan ini diterapkan semenjak kecil dalam masyarakat Oman.

3. Menjaga solat dhuha, qiyamullail dan witir.

4. istigfar harian sekurang-kurangnya 100 kali.

5. selawat kepada Rasulullah saw 100 kali

6. Surah Al-Ikhlas 3 kali.

7. membaca al-quran setiap hari.

8.لا إله إلا الله حده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير

Bagi yang mencari amalan tersusun yang berasaskan sunnah Rasulullah saw, mungkin boleh memilih amalan matsurat (sughra atau kubra), disamping amalan diri yang lain.

Semoga kita mampu menguatkan rohani kita, serta mampu menempuh segala ujian dengan tenang dan redha.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas