Wanita Pemegang Adat

Sepanjang berada disini, banyak perkara telah sempat saya perhati tentang wanita. Dalam masa yang sama saya sempat berbincang serta bertukar-tukar pendapat dengan ipar-duai tentang tugas surirumah.

Kesimpulannya, bagi saya wanita merupakan peneraju utama dalam sesebuah keluarga, mereka jugalah pemegang adat setempat, samaada adat tersebut bertepatan dengan ajaran Islam ataupun sebaliknya

Sememangnya tidak dapat dinafikan kepentingan peranan wanita dalam keluarga. Jika mereka mengambilberat tentang keluarga mereka, hasilnya amat memuaskan begitu jugalah sebaliknya.

Adat Perkahwinan –

Menurut adat disini, wanita begitu diambilberat semasa majlis perkahwinan. Keluarga pengantin perempuan mestilah menyediakan semua kelengkapan untuk perkahwinan anak perempuan mereka, yang mana akan dihantar kerumah keluarga lelaki sebagai persiapan untuk menjalani hidup sebagai seorang isteri, tanpa perlu memikirkan kesukaran hidup.

Manakala pengantin lelaki pula mestilah menyediakan rumah dan kelengkapan asas, serta pelbagai hadiah buat si isteri. Kesemuanya akan dimuat kedalam lori semasa majlis perkahwinan, yang akhirnya akan dibawa kembali ke rumah dimana pasangan tersebut akan melangsungkan kehidupan.

Pendek kata kelengkapan tersebut cukup untuk wanita tersebut menjalani hari-harinya sebagai surirumah selama bertahun-tahun tanpa perlu memikirkan kesusahan hidup.

Malah selama seminggu selepas majlis perkahwinan, keluarga pengantin akan menyediakan segala keperluan makan-minum semata-mata untuk mengembirakan hati pasangan pengantin baru tersebut.

Kesimpulannya disini, wanita yang mendapat segala-galanya, sama ada daripada keluarga sendiri ataupun daripada pihak lelaki. Jika lelaki ingin berkahwin mereka mestilah mampu menyediakan segala tuntutan tersebut.

Betapa bertuahnya wanita…tapi adakah wanita disini menghargai segala kelebihan tersebut?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas