Bagaimana kita berinteraksi dengan AlQuran?

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana membuka hati ini untuk berkongsi sesuatu disini.

Sebagai Muslim, kita diajar semenjak kecil untuk mengaji quran, agar amalan ini sebati dengan diri kita. Pastikan agar kita mampu khatam buku panduan hidup kita ini sebagaimana kita mampu menghabiskan bacaan buku-buku lain.

Bagaimana kita mampu mengatur hidup berpandukan al-Quran jika kita tidak mampu menghabiskan bacaannya dan memahami maksudnya?

Apakah yang kita rasa bila kita jalani hidup ini tanpa panduan al-Quran? Pastinya perjalanan hidup akan tersasar daripada fitrah kejadian kita.

Bila bercerita tentang al-Quran, kita pasti tercari-cari dan tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk berinteraksi dengan kita suci ini.

Ringkasan daripada buku "Bagaimana kita berinteraksi dengan Al-Quran" karya Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, cara kita berinteraksi dengan al-quran termasuklah menghafal, membaca, mendengar, kemudian memahami dan mentafsirkannya, dan mengikut ajaran serta mengamalkannya dan berdakwah kepadanya.

Jadi inilah peringkat yang perlu kita lalui dalam berdampingan dengan al-Quran. Pastikan kita selalu membaca, mendengar serta menghafalnya.

Namun begitu Syeikh Al-Qaradawi mengkritik fenomena yang berlaku hari ini dimana begitu ramai orang yang menghafal al-Quran tetapi tidak memahami isi kandungannya. Inilah punca umat Islam mundur serta ketinggalan daripada orang lain.

Jadi membaca sahaja tidak memadai, tetapi kita juga perlu cuba memahaminya, sebagai permulaan carilah terjemahannya, serta jadikannya teman kita, kemudian carilah buku-buku tafsir yang begitu banyak dipasaran untuk dibaca serta dihabiskan bacaannya.

Moga kita mampu memahami apa sebenarnya yang ingin Allah swt sampaikan kepada kita. Apakah sebenarnya panduan yang amat penting untuk kita ambil sebagai panduan?

Jangan sekadar menghabiskan bacaan sahaja, tetapi carilah apa yang paling banyak disebutkan didalam al-Quran, kerana perkara yang penting akan diulang-ulang berkali-kali sehingga kita faham, tetapi perkara yang kurang penting jarang-jarang sekali disebut.

Pastikan kita mengutamakan perkara penting daripada yang kurang penting...apakah perkara-perkara penting yang diulang sebut didalam al-Quran? Nantikan sambungannya...

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?