Kembalikan Fokus

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah syukur kerana masih mampu menulis sesuatu disini...satu ruang yang dipilih untuk berkongsi pengalaman hidup ini.

Alhamdulillah syukur juga kerana berkesempatan untuk membelek semula tulisan lama, serta meneliti kembali idea yang pernah terlintas difikiran ini suatu ketika dulu. Insya Allah saya akan cuba menyelesaikan segala plan yang pernah dirancang dan baru dirancang semula.

Apabila diteliti semula banyak juga perancangan yang tertangguh apabila diri hilang fokus. Sesungguhnya itulah perjalanan yang ditentukan, perjalanan ketika diri keliru dalam memilih apa yang ingin dilakukan seterusnya.

Bila diimbas semula betapa sukarnya mencari satu aktiviti yang mampu membuatkan diri ini fokus sepenuhnya untuk melakukannya.

Satu demi satu aktiviti dicuba tetapi ia tidak mampu membuatkan diri ini fokus sepenuhnya, semuanya dilakukan hanya untuk menenangkan hati.

Setakat ini hanya ada satu kemahiran saja mampu menceriakan diri ini bila dilakukan. Sudah beberapa kali saya cuba memulakannya, tetapi apabila mendengar pelbagai komen negatif, semangat tersebut luntur kembali.

Alhamdulillah tahun ini saya nekad untuk menghidupkan segala kemahiran tersebut semula, meskipun sudah begitu lama tidak dipraktikkan. Moga ia mampu kekal sebagai satu jalan untuk saya kembali berusaha.

Sememangnya begitu sukar untuk mengembalikan tahap motivasi diri seperti dulu, tetapi ia bukan mustahil. Moga Allah memberi kekuatan untuk diri ini bangkit semula daripada lena yang teramat panjang.

Semoga pengalaman yang dikutip ketika mengendalikan beberapa bengkel kepada pelajar-pelajar sekolah disini, juga pengalaman berkongsi kemahiran tersebut dengan beberapa orang jiran berlainan negara, menjadi tanda bahawa itulah keinginan hati yang mesti dituruti.

Sesungguhnya itulah kekuatan saya suatu ketika dulu, dan kemahiran tersebut juga menjadi pendorong segala kejayaan masa lalu. Hari ini itulah ubat, itulah penawar hati ini.

Insya Allah saya akan cuba berkongsi kemahiran tersebut suatu ketika nanti. Satu perjalanan mencari diri yang begitu panjang dan berliku-liku, hanya kerana kesilapan memilih bidang yang ingin dipelajari, mengikut keadaan semasa bukannya naluri hati.

Moga Allah memudahkan segala usaha-usaha ini, serta membuka jalan seluas-luasnya untuk saya berkongsi kemahiran yang dipelajari secara intensif ketika berada dibangku sekolah dulu.

Allahu mustaan...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas