CABARAN SURIRUMAH
Dah lama saya tak menulis tajuk spesifik mengenai surirumah, bukan lupa tapi banyak idea yang nak ditulis mengenai apa yang berlaku di Gaza. Bagi saya apa yang berlaku disitu memberi terlalu banyak pengajaran kepada saya, mungkin bagi orang lain juga. Alhamdulillah.
Tiba-tiba tercetus idea untuk menulis tentang "cabaran menjadi surirumah". Bukan senang untuk menjadi surirumah efektif kerana terlalu banyak cabaran yang perlu kita tempuhi.
Cabaran pertama datang dari diri sendiri, apakah kita redha menghadapinya dalam keadaan hari ini, dimana kebanyakan wanita memilih untuk bekerja diluar? Apakah kita sanggup berhadapan dengan kata-kata insan yang tidak menghargai tugas mulia ini? Apakah kita sanggup berada dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa sedangkan suatu ketika kita pernah memiliki sesuatu? Ini bagi wanita yang pernah bekerja sebelum membuat keputusan berhenti. Suatu ketika memiliki pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan tiba-tiba keadaan bertukar, kerana terpaksa bergantung sepenuhnya kepada suami. Inilah diantara cabaran diri-sendiri.
Sebab itu saya katakan bukan mudah untuk melaksanakan tugas ini. Selagi kita tidak mengenal diri sendiri, tidak memahami apa yang kita ingini, apa tujuan hidup kita, apa niat kita ketika mendirikan rumahtangga, maka selagi itu kita tidak boleh membuat keputusan menjawat jawatan ini secara sepenuh masa.
Cabaran diri ini amat penting untuk diambil kira demi mengelak kesan negatif kepada kita. Ramai surirumah mengalami tekanan perasaan kerana tidak memahami hakikat sebenar tugas yang mereka sempurnakan. Ramai yang menyatakan kami berada di rumah kerana "tidak ada lesen" untuk berada diluar, iaitu kerana kelulusan pelajaran yang rendah. Malah ramai yang menyatakan sekiranya kami mempunyai kelulusan tinggi, kami tidak akan sanggup berada dirumah.
Inilah realitinya hasil serangan pemikiran terhadap Islam. Sesungguhnya para Orientalis telah berjaya melaksanakan tugas-tugas mereka untuk menghancurkan umat Islam. Jarum yang mereka tanam telah berjaya merubah persepsi wanita Islam terhadap tugas mereka. Mereka berjaya menjauhkan wanita Islam daripada tanggungjawab utama mereka, seterusnya berjaya membentuk satu generasi muda-mudi yang jauh dari agama Islam.
Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada saya untuk berehat dan menilai diri sendiri setelah melalui pelbagai ujian hebat sebelum ini. Pengalaman yang dilalui mengajar kita apa yang patut kita lakukan untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan menggariskan yang terbaik untuk kita tapi kita yang gagal memahami hakikat diri sendiri. Allah SWT meletakkan wanita di suatu tempat yang tinggi akan tetapi kita merendahkan martabat ini.
Apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini? Apakah tujuan hidup kita? Inilah perkara utama untuk kita fikirkan. Sekiranya tujuan kita untuk mendapat keredhaan Allah, Redha Allah ada bersama-sama redha suami, sekiranya suami meredhai segala usaha yang kita buat insya Allah kita akan berjaya. Suami yang memahami tanggungjawab beliau akan menyuruh isterinya berada dirumah, mengurus rumahtangga dan mendidik anak-anak kerana tugas ini tidak mampu diambilalih oleh lelaki ataupun orang luar.
Malah ulama-ulama terdahulu menekankan tentang khidmat pembantu rumah kepada isteri. Bila membaca buku-buku tentang tanggungjawab isteri, tajuk penting adalah penyediaan pembantu rumah kepada isteri. Lihatlah betapa Islam memuliakan wanita, dahlah wanita berada dirumah, kemudian ditambah perlukah menyediakan pembantu rumah? Sememangnya ajaran Islam terlalu cantik, kita yang jahil mengenainya. Semasa mula-mula berada disini, dan berkunjung ke kawasan pedalaman saya melihat kebanyakan rumah menyediakan pembantu rumah. Alhamdulillah.
Sebenarnya surirumah yang memahami tujuannya berada dirumah tidak memerlukan pembantu rumahpun. Kita tidak perlulah menuntut hak itu. Ini kerana terdapat pelbagai kelebihan melakukan urusan rumahtangga sendiri sebagaimana yang diceritakan dalam kisah Saidatina Fatimah r.a ketika meminta seorang hamba untuk membantu beliau dalam urusan rumahtangga. Rasulullah SAW menolak dan mengajarkan kepada Fatimah untuk mengamalkan bacaan "Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu akbar 33x", untuk beroleh kekuatan dalam melaksanakan tugasan seharian.
Sememangnya Islam telah memberi garis panduan yang lengkap untuk wanita yang berada dirumah. Ia bersesuaian dengan fitrah wanita yang dijadikan Allah SWT. Apa akan jadi sekiranya kita memilih untuk menambah bebanan ini? Itu terpulang kepada kekuatan diri-sendiri, sekiranya mampu teruskanlah.
Maka muhasabahlah diri kita, pastikan diri kita betul-betul bersedia untuk melaksanakan tugas ini sebelum mendirikan rumahtangga lagi. Fahamilah bahawa mendirikan rumahtangga bermakna kita mengikat diri sendiri dengan tugasan lain, iaitu mengurus rumahtangga. Kita juga mesti menyediakan diri untuk sanggup berkongsi segala-galanya dengan suami pilihan kita. Kemudian berkongsi tanggungjawab untuk mendidik anak-anak. Bermula dengan tanggungjawab diri sendiri, berkembang menjadi tanggungjawab isteri, kemudian menjadi tanggungjawab mendidik anak-anak.
Inilah yang dikatakan persediaan sebelum perkahwinan, menyediakan diri dari setiap aspek hidup, merancang untuk melakukan yang terbaik menurut ajaran Islam. Cabaran diri sendiri inilah yang mesti dikenalpasti oleh setiap wanita, agar apa yang dilakukan mampu memberi kepuasan kepada diri dan keluarga.
Sekiranya kita betul-betul faham apa yang kita ingini dalam kehidupan kita, kita akan sanggup hadapi apa-apa sahaja halangan dan cabaran yang mendatang. Ini kerana kita yang mengawal diri kita, segala sikap, tindak-tanduk kita, pergaulan dan sebagainya hanyalah kita yang mampu mengawalnya. Pastikan self-esteem kita berada pada tahap yang sepatutnya, jadi kita tidak akan menyalahkan orang lain atas kegagalan kita.
Cabaran kedua akan datang daripada keluarga sendiri iaitu Suami, anak-anak dan keluarga terdekat. Kemudian cabaran daripada orang luar. Insya Allah kita akan bincangkan cabaran-cabaran ini dalam post yang lain.

Ulasan