ISTIQAMAH LAH BILA BOIKOT
Alhamdulillah di sana sini kedengaran tentang boikot barangan Israel, dalam e-mailpun tak putus-putus cerita pasal boikot ni. Nampaknya ramai umat Islam mulai sedar tentang tanggungjawab mereka, sekurang-kurangnya kita berbuat sesuatu, baik ada daripada tidak ada langsung.
Seingat saya pada awal 2000 dulupun macam ni lah, pelbagai e-mail saya terima pasal boikot-memboikot ni, lepas tu bila bincang-bincang dengan kawan-kawanpun cerita boikot, tapi tak lama lepas tu sunyi-sepi, tak tahulah mereka teruskan ataupun tidak. Memang sukar nak buat kerana masing-masing cakap tak mengapa kita beli sikit je, tapi kalau dihitung seorang membeli RM 10, kalau sejuta orang membeli bermakna sepuluh juta ringgit, Yahudi untung. Bertuahnya Yahudi kerana umat Islam menolong mereka.
Inilah sikap kita, bila berlaku sesuatu kita melenting tapi bila dah senyap kita tidak mampu istiqamah dengan amalan kita. Maka ketika itu kitapun mula balik membelinya. Sebagai contoh ketika mula-mula difatwakan tentang boikot ni, kedai-kedai Mc Donald di negara Arab lingkup, tapi hari ini iklan berleluasa di dalam TV mereka, sehinggakan anak-anak sentiasa meminta untuk membelinya. Kedainya pun kembali tumbuh dimana-mana.
Ini bukan kesalahan orang lain tapi kesalahan umat Islam yang tidak mampu untuk istiqamah bila melakukan sesuatu. Sekiranya umat Islam mampu melakukan sesuatu secara berterusan maka umat Islam akan hebat seperti zaman kegemilangan Islam dulu. Banyak kejayaan mampu kita perolehi sekiranya kita istiqamah dalam amalan kita sebagaimana Rasulullah SAW bersabda "Katakanlah aku beriman kepada Allah dan beristiqamah".
Sebenarnya kita akan mampu beristiqamah apabila kita, betul-betul faham apa tujuan kita melakukannya iaitu kerana Allah SWT. Kita tidak sanggup melihat umat Islam dipermainkan oleh orang-orang kafir. Dalam masa yang sama kita sentiasa ingat tujuan tersebut, setiap kali berbelanja, maka insya Allah kita akan mampu melakukannya. Kalau kita buat kerana perasaan marah, ia tidak akan ke mana, bila keadaan reda kita lupa semula.
Carilah maklumat sampingan yang boleh menguatkan fahaman tersebut, sebagai contoh apabila membaca hasil kajian CAP saya makin yakin untuk meneruskan idea boikot ni, alhmadulillah setakat ni masih mampu istiqamah. Moga Allah menguatkan keyakinan ini.
Satu cara lagi ialah kita sentiasa ingat bahawa apabila kita menggunakan barangan keluaran orang-orang Islam, kita dapat membantu mereka meluaskan lagi perusahaan mereka untuk manfaat umat Islam sejagat. Dengan itu umat Islam akan nampak hebat dimata orang luar.
Inilah tanggungjawab semua umat Islam, mulakan dari diri kita, kemudian kita ingatkan jiran-jiran kita akhirnya semua boleh lakukan. Namun sekiranya kita tidak menyebarkan kepada orang lain maka kita akan merasakan "kenapa aku sahaja yang buat kalau macam tu akupun tak payahlah..." Cubalah insya Allah boleh.

Ulasan