Tunjuk Perasaan: Adakah ia Lambang Perpaduan Ummah?
Setiap hari dipaparkan tentang tunjuk perasaan membantah tindakan Israel di Gaza di merata-rata tempat termasuklah di negara-negara bukan Islam seperti Jepun, Norway, Perancis, UK dan lain-lain. Yang hebatnya negara yang telah menutup Kedutaan Israel ialah negara bukan Islam iaitu Venezuela, sedangkan di negara-negara Arab, kedutaan Israel mendapat kawalan rapi daripada tentera Arab. Mengapa begitu?
Semua tunjuk perasaan ini mengambarkan sikap manusia yang tidak sukakan kekejaman terutama terhadap kanak-kanak dan wanita. Manusia yang dijadikan Allah SWT mempunyai perasaan kasih sesama mereka, malah perasaan ini sekiranya dipupuk akan mampu menguatkan manusia dan menyatupadukan kita. Apakah ini diantara intipati kata-kata Allah kepada malaikat, apabila malaikat bertanya: "kenapa Kamu ingin menjadikan makhluk yang akan menumpah darah sesama mereka sedangkan kami sentiasa bertasbih kepada Kamu?" iaitu AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI.
Begitulah hebatnya kejadian manusia, sepertimana yang kita lihat apabila Israel ingin menghancurkan Hamas, mereka bukan sahaja gagal tapi telah menghidupkan perasaan yang tidur selama ini, beratus ribu manusia berkumpul di satu-satu tempat membantah perbuatan mereka. Malah mereka telah membuka mata ramai manusia, membuatkan ramai insaf serta pelbagai unsur positif lain. Sukar untuk kita fahami tetapi inilah gambaran kehebatan Allah SWT yang tidak mampu kita tandingi.
Tindakan Israel ini bukan sahaja menimbulkan perasaan benci dan marah, malah membangkitkan semangat jihad di kalangan umat Islam. Di beberapa buah negara pemuda-pemuda meminta supaya mereka dibenarkan untuk berjihad membantu umat Islam Gaza. "Betapa aku cemburu melihat kurniaan Allah terhadapmu, Ahli Gaza", kerana tempatmu telah pasti disisi Allah sedangkan aku hanya mampu bersimpati dan melihat dari jauh.
Bersyukur juga kepada Allah apabila melihat keadaan di beberapa negara Islam yang bergolak selama ini seperti Maghribi dan Mauritania, tiba-tiba penduduknya bangkit bersatu semuanya kerana simpati terhadap penduduk Gaza. Inilah Rahmah Allah terhadap kita, moga-moga perpaduan yang wujud ini tetap utuh. Ada Rahmat yang tersirat disebalik setiap musibah.
Lihatlah juga beberapa tempat seperti Madrid di Sepanyol, tunjuk perasaan yang dimulakan sejak awal perang dengan beberapa orang pendatang Palestin di sini, hari ini mereka berjaya menarik perhatian orang bukan Islam menyertai mereka. Begitu juga di Norway, UK dan Paris. Moga-moga Allah membuka hati mereka untuk menerima cahaya Islam.
Kejadian ini juga membuka mata kita bahawa Islam yang kita sangka tidak memberi kesan kepada orang Islam sendiri, tapi mampu menghidupkan hati-hati orang bukan Islam untuk bersimpati kepada umat Islam. Lawatan menteri luar Jerman ke pintu Masuk ke Gaza (Ma'bar Rafah) menunjukkan bahawa orang luar lebih berminat untuk melihat lebih dekat berbanding pemimpin-pemimpin Islam yang cuma bercakap dari jauh. Inilah hakikatnya...
Laporan tentang tunjuk perasaan yang diadakan mengambarkan kepada kita bahawa cahaya Islam telah tersebar ke segenap pelusuk alam, orang-orang Islam berada di merata tempat, ia tidak lagi khusus untuk golongan Arab sahaja. Sepatutnya ia menjadi dorongan kepada kita untuk lebih mendalami agama ini, agar ia betul-betul dihayati bukan sekadar menurut amalan orang sebelum kita.
Hakikatnya kejadian di Gaza mampu mengeratkan hubungan sesama manusia, mengumpulkan manusia untuk berada pada satu tempat yang sama dengan niat yang sama. Malah ia juga mampu meghidupkan semangat untuk memboikot barangan Yahudi dan US di mana-mana, sehinggakan ada juga Restoran Mc Donald yang dipecahkan cerminnya oleh orang awam yang amat marah bila diberitahu bahawa mereka mendermakan 5% hasil jualan pada hari Sabtu kepada Israel.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentang apa-apa yang berlaku, kerana DIA yang menjadikan kita. Moga segala kejadian yang berlaku serta kekejaman Yahudi ini menjadi pengajaran kepada kita, moga ia menjadi titik tolak perubahan yang lebih positif dalam kehidupan kita. Ingatlah bahawa dalam musibah ada Rahmat Allah yang amat luas. Jangan jadikan musibah sebagai penghalang dalam kehidupan kita, tapi jadikan ia sebagai titik tolak untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat. Fikir-fikirkanlah....

Ulasan