Buku-buku Tentang Wanita

Alhamdulillah semenjak menjadi surirumahtangga(SRT) ni, banyak masa luang yang membolehkan aku membuat kerja-kerja yang diminati, menurut keinginan hati kecil ini berbanding semasa bekerja yg sepanjang masa terpaksa menurut kehendak majikan, hinggakan buku-buku yg ingin dibaca lebih terfokus ke dalam bidang pengajian sahaja.

Peluang membaca pelbagai buku-buku tentang wanita, banyak membuka mataku tentang perkara yg amat kurang dibincangkan oleh penulis-penulis tersebut. Sekiranya di jengah ke dalam pasaran buku-buku arab, kita dapati terlalu banyak buku-buku yg ditulis tentang wanita, sehinggakan di perpustakaan yg aku kunjungi menyediakan satu bahagian khusus untuk buku-buku tentang wanita. Masalahnya persoalan yg dikemukakan oleh penulis adalah berkisar kepada perkara sama, iaitu hukum-hukum berkaitan dengan wanita, akhlak wanita,penyertaan wanita dalam aktiviti kemasyarakatan dsb, ini kerana kebanyakan buku ditulis oleh ulama' lelaki yang tidak dapat menghayati realiti kehidupan wanita.

Manakala buku-buku yg ditulis oleh penulis wanita adalah terlalu kurang dipasaran. Jadi bagaimana untuk menyelesaikan segala permasalahan yg dihadapi oleh wanita sekiranya wanita sendiri tidak menulis sesuatu untuk kaum mereka sendiri.
Rasanya masih belum terlambat untuk para surirumah menulis sesuatu yg bermanfaat untuk para wanita, terutama para surirumah intelek yg menghabiskan masa dirumah bersama-sama anak-anak. Carilah masa untuk menyampaikan pengalaman yg diperolehi untuk dikongsi bersama-sama berdasarkan bidang masing-masing, sebagai contoh seorang doktor boleh berkongsi tentang segala ilmu kedoktoran, penjagaan kebersihan diri, kesihatan keluarga dsb, manakala surirumah yg berkelulusan bidang ekonomi atau akauntan boleh menulis bagaimana menguruskan kewangan keluarga dengan bijaksana. Carilah masa untuk menyampaikan ilmu kerana ia amat berguna di akhirat nanti.

Bagaimana untuk menggalakkan para wanita membaca?
Sepanjang pengalaman berada bersama-sama wanita pelbagai kaum, saya dapati wanita terlalu kurang membaca, sekiranya kita tidak suka membaca adakah kita mengharapkan anak-anak kita suka membaca? Sekiranya anak-anak melihat ibu mereka selalu menonton TV maka mereka juga lebih suka menonton TV, sekiranya para ibu ingin menyemai minat suka membaca maka ibu juga mesti suka membaca. Ini kerana anak-anak akan mengikut apa yg dilihat, bukan apa yg didengar.

Apabila berada bersama-sama wanita Arab yg suka menghafaz al-Quran saya dapati anak-anak beliau juga suka menghafal ayat-ayat al-Quran, bagi yg sukakan seni, maka anak-anak mereka lebih berani ke depan mempersembahkan kebolehan mereka dalam bidang seni. Kebanyakan wanita Arab lebih suka mendidik anak-anak mereka mengikut tradisi masing-masing, sebab itu jangan terkejut jika kita melihat kejutan budaya berlaku dikalangan anak-anak orang Arab sekarang.

Wanita Arab amat kurang membaca walaupun bahasa mereka adalah bahasa Al-Quran, manakala ramai yg tidak mampu membaca al-Quran daripada mashaf kerana mereka terbiasa menghafaznya sahaja. Alhamdulillah sebagai orang bukan Arab kita didedahkan dengan mengenal huruf-huruf Arab sehingga mampu mengaji al-Quran dengan betul. Apakah itu yg kita dedahkan kepada anak-anak kita, atau kita juga ingin menjadi seperti wanita Arab yg tidak mampu mengenal huruf-huruf Arab.

Manakala bila bersama dengan wanita-wanita India dan Pakistan, saya dapati anak-anak mereka cenderung mengikuti minat ibubapa mereka, akan tetapi mereka amat kurang membaca dan terlalu banyak perkara yang perlu diperbetulkan tentang mereka. Jadi boleh dikatakan wanita Malaysia amat bertuah kerana kita berpeluang belajar terutama perkara asas agama berbanding dengan golongan India dan Pakistan. Mereka terlalu daif dari sudut agama sehinggakan ada yg solat, dalam masa yg sama sekiranya anak kecil menangis maka mereka mendokong anak sambil solat, kemudian diletakkan balik dsb. Ada yang mengaji al-Quran dengan bacaan yg salah, tidak diusahakan untuk mempelajari bacaan yg betul. Apakah yang ingin ditunggu lagi, apakah kita ingin berterusan sebegitu atau kita ingin berbuat sesuatu untuk membantu orang-orang di sekeliling kita.

Penuhilah masa kita dengan membaca dan berfikir, kerana ia mampu membenteng diri kita daripada gangguan luar, mampu menguatkan diri kita semasa musibah melanda. Carilah buku-buku tentang wanita dan pengurusan keluarga, agar kita mampu mengendalikan keluarga kita mengikut acuan yg betul.

Ulasan

aliza berkata…
Alhamdulillah saya bertemu beberapa dalil tentang mendukung anak semasa solat dalam buku "tarbiyah al-abna' wal-banat".

Rupa-rupanya Rasulullah melakukannya, jadi catatan diatas tersilap. Hadis yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dari Abi Qatadah: "Nabi saw telah keluar kepada kami bersama-sama Umamah bint Abi Al-As diatas bahu baginda, dan baginda solat, maka apabila baginda ruku' diletakkan Umamah, dan apabila baginda bangkit diangkat semula Umamah."

Dan dijelaskan dalam syarah, itulah tanda kasih sayang dan prihatinnya baginda kepada Umamah. Ketika sujud dan rukuk diletakkan Umamah kerana dikhuatiri terjatuh.

Jadi ini bertentangan dengan idea yang mengatakan bahawa khusyuk dalam solat, hendaklah tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling. Ini keran Rasulullah menjaga kanak-kanak tersebut agar tidak terkena bahaya.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman