AYAT PILIHAN 2

Ayat 14 surah Ali Imran bermaksud: "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak,harta yang banyak dari jenis emas,perak, kuda pilihan,binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)".

Didalam ayat ini Allah swt menceritakan tentang sifat manusia yang sukakan kepada tujuh jenis benda yang diingini nafsu iaitu:
1- wanita-wanita. Sememangnya Allah menjadikan wanita sebagai pasangan lelaki, untuk memenuhi keinginan lelaki dan meramaikan umat di alam ini, sebagaimana Allah swt menjadikan Hawa untuk Nabi Adam alaihissalam. Secara fitrahnya lelaki berpasangan dengan wanita, tetapi sekiranya berlaku keinginan yg terbalik iaitu lelaki sukakan lelaki atau wanita sukakan wanita, maka ia bertentangan dengan fitrah kejadian manusia, maka tunggulah pembalasan dari Allah swt, sebagaimana yg telah terjadi kepada umat Nabi Lut Alaihissalam.

2- Anak-pinak. Secara fitrahnya manusia yg berkahwin inginkan anak-anak sebagai penyeri rumahtangga mereka, juga sebagai penyambung zuriat mereka. Pasangan yg tidak mampu mendapat zuriat sanggup berkorban wang ringgit berusaha pelbagai cara untuk mendapat anak. Malah di dalam al-Quran Nabi-nabi yg tidak mempunyai anak sentiasa berdoa untuk mendapatkan anak, seperti kisah nabi Zakaria. Jadi di dalam al-Quran,Allah telah menyatakan cara untuk mendapatkan zuriat ialah dengan berdoa sepenuh hati agar Allah memberi zuriat kepada kita, doa yg berterusan insya Allah akan menghasilkan buah seperti yg kita harapkan. Anak-anak kita seharusnya menjadi punca kita mendekatkan diri kepada Allah swt, kerana anak-anak banyak mengajar kita untuk mengekalkan sifat-sifat mulia. Seharusnya kita sentiasa bersyukur kepada Allah kerna mengurniakan zuriat kepada kita, yg memantau segala amal perbuatan kita sehari-hari dan berdoa agar anak-anak kita tergolong ke dalam golongan anak-anak soleh.

Malangnya, bagi yg tidak faham tentang Islam, mereka menjadikan anak-anak sebagai alasan untuk meninggalkan amal ibadat mereka, sebagai contoh tidak solat kerana tidak ada orang untuk jaga anak mereka, tidak dapat keluarkan sedekah kerana anak-anak ramai dan sebagainya.

3- harta-benda yg banyak. Memang hartalah yg sentiasa diburu oleh setiap orang terutama dalam dunia hari ini, sehingga ada yang sanggup menzalimi orang lain hatta saudara sendiri terutama dalam kes harta pusaka. Jadikanlah harta benda itu cuma sebagai anugerah Allah untuk memudahkan urusan hidup didunia ini, dan jangan melampaui batas kerana ia juga adalah bahan ujian kepada kita.

4- Emas dan Perak. Keinginan manusia juga mengarah ke arah mengumpulkan emas dan perak sama ada untuk perhiasan diri atau sebagai harta kekayaan masing-masing.

5- Kuda Peliharaan.Manusia juga sukakan kuda peliharaan yg terlatih. Malah kuda yg hebat menunjukkan kehebatan penunggangnya, kerana ia merupakan kenderaan manusia yg sentiasa boleh digunapakai setiap zaman. Akan tetapi pada hari ini manusia beralih kepada kenderaan lain dan berlumba-lumba menunjukkan kehebatan kereta-kereta mereka yg pelbagai model. Malah ada mengejek2 orang yg menggunakan kereta terpakai,seolah-olah ia satu kesalahan.

6- Binatang Ternak. Ia adalah sumber rezeki dan makanan kepada manusia sepanjang zaman. Walau sehebat manapun manusia mereka tetap memerlukan kepada makanan, dan perlukan kulit binatang sebagai pakaian ataupun untuk membuat barang-barang keperluan lain.

7- Kebun-kebun tanaman yg luas menjadi kebanggaan pemiliknya, sebahagian dari harta dunia yg sentiasa dikejar oleh manusia. Ini termasuk juga makanan yg pelbagai jenis. Kebun yg luas mampu menjadi tempat istirehat dan tempat mencari ketenangan, sebagaimana yg kita dapati hari ini. Ramai orang berada menjadikan kebun sebagai tempat untuk mencari kedamaian dihujung minggu setelah sibuk bekerja.

Itulah tujuh macam kesedapan hidup didunia dan yang sentisa menjadi buruan manusia hinggakan ramai yg tersasar dari jalan yg lurus. Ia menjadi buruan dari zaman lampau hingga ke hari ini, untuk diwariskan kepada generasi selepas mereka.

Ini dapat dilihat daripada lukisan-lukisan lama yg dijumpai di gua-gua, kesemuanya mempunyai motif yg sama iaitu gambar-gambar wanita, kuda dan binatang ternakan. hasil kajian menunjukkan itulah antara gambar2 yg dilukis manusia purba di pelbagai ceruk dunia ini. Mengapa mereka melukis gambar yg sama, apakah ia sebahagian dari fitrah manusia?

Cuma kadar hubungan manusia dengan perkara tersebut berbeza-beza mengikut kadar iman mereka. Bagi yg teguh imannya mereka mengambilnya untuk memudahkan urusan mereka dalam beribadah kepada Allah swt, namun sebaliknya bagi mereka yg mengabdikan seluruh hidup mereka untuk memenuhi kepuasan nafsu tersebut.

Sekiranya manusia itu kenal dirinya, mengetahui betul-betul akan batas kemampuan dirinya,mereka tidak akan melampaui batas, malah ia dijadikan wadah mendekatkan diri kepada Allah swt.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman