Hadis Pilihan

Hadis pilihan kali ini yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah, barangsiapa memperberat-beratkannya, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah agama itu menurut mestinya, atau mendekatinya menurut mestinya, dan gembiralah, serta beribadatlah dan mohon pertolongan Allah pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam."

Apabila kita menghayati hadis ini, Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa agama Islam itu mudah, maka janganlah kita menyusahkannya, kerana sekiranya kita memberatkannya kita yg akan kecundang, tidak mampu meneruskannya, kadang-kadang ia akan menjadikan orang itu lemah dalam beribadat dan beramal, bukan saja amal yg berat, bahkan amal ibadat yg ringan pun dia tak akan sanggup mengerjakannya.

Sesungguhnya Rasulullah lebih arif tentang fitrah dan kebolehan manusia, oleh sebab itu baginda mengingatkan umat Islam agar berpada-pada dalam beribadah, sebagaimana yg disebutkan dalam hadis lain yg diceritakan oleh Saidatina Aisyah r.a: Pada suatu ketika, Nabi pulang ke rumah Aisyah, didapatinya seorang wanita duduk dekat Aisyah, lalu Baginda bertanya: Siapakah wanita itu? Jawab Aisyah: Inilah si fulanah yg terkenal banyak melakukan solat. Kemudian Nabi SAW bersabda: "Jangan begitu, Kerjakanlah sekuasamu. Demi Allah! Dia tidak bosan memberikan pahala, sehingga kamu sendiri yg malas berbuat amal. Amal (agama) yg lebih disukai di sisi Allah ialah amal yg dilakukan secara tetap dan teratur."

Jadi amal yg sedikit tetapi dilakukan secara tetap dan teratur, lebih baik daripada amal yg banyak tetapi menyebabkan kebosanan dan kemalasan.

Secara asasnya Islam itu Mudah. Dan itulah juga keinginan kita. Sebagaimana yang tersebut dalam hadis lain : "Mudahkanlah dan janganlah menyusahkan".

Jadi tidak salah sekiranya kita ingin mudah, kerana itulah fitrah kita. Jika kita teliti segala urusan seharian kita, apa-apa yg mudah memang menyeronokkan, dan itulah yg sepatutnya kita cuba buat. Sekiranya urusan itu terlalu sukar, ia bermakna bahawa urusan tersebut tidak sesuai dengan kita. Jadi pilihlah sesuatu yg mudah buat kita untuk mengelakkan kita ditimpa masalah besar. Sebagai contoh, sekiranya kita ingin pergi ke suatu tempat tapi terpaksa mencari-cari tempat tersebut, belok kiri sesat, belok kanan sesat, itu menunjukkan bahawa ia tidak sesuai dengan kita, tapi sekiranya dimudahkan sampai ke destinasinya tanpa sesat, itulah yg terbaik buat kita.Jadi sentiasalah pilih sesuatu yang mudah dan berdoalah pada Allah untuk memudahkan segala urusan kita.

Begitulah juga sekiranya sesuatu ketetapan itu sesuai dengan kita, maka Allah akan memudahkan pejalanannya sehinggakan kita terasa betapa mudahnya hidup ini. Kita akan terasa betapa cantik aturan tersebut, dari satu plot ke plot yg lain semuanya terlaksana dengan mudah tapi ada misi disebalik semua kemudahan itu. Adakah kita bersyukur ataupun sebaliknya setelah Allah memudahkan segala urusan kita, sedangkan orang lain terpaksa berhempas-pulas untuk memperolehi seperti apa yang kita miliki.

Sesungguhnya Allah Maha Pemurah, memberi rezeki dan nikmat kepada kita sehari-hari, namun pernahkah kita bersyukur? Apakah kita cuma teringat untuk bersyukur apabila segala nikmat tersebut ditarik kembali?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016