Hadis Pilihan

Hadis pilihan kali ini ialah mengenai kekuatan diri sebagai seorang Muslim. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud:
Mu’min yg kuat itu lebih baik dan disukai oleh Allah drp Mu’min daif, dan dalam setiap sesuatu ada kebaikan, jadi berusahalah utk mendapatkan apa yg dapat memberi manfaat kepadamu dan mintalah pertolongan Allah, jangan berasa lemah, sekiranya berlaku kepadamu sesuatu, jangan berkata: sekiranya aku lakukan ini,dan itu….tapi katakan Allah telah menetapkan apa yg DIA kehendaki, sekiranya kita berkata KALAU membuka laluan kpd syaitan.”

Hebatnya peringatan yang diberikan oleh Rasulullah SAW, namun ia seolah-olah tidak pernah diketahui oleh orang Islam. Ini kerana dimana-mana sahaja kita melihat kelemahan umat Islam sehingga mereka dipandang rendah oleh orang bukan Islam. Apa silap kita? Dimana kelemahan kita?

Sebenarnya banyak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah tidak diketahui oleh kita, terutama orang-orang Melayu sedangkan ia adalah asas hidup kita. Inilah yang menyebabkan pemikiran kita terkongkong. Apabila ada orang yang mengingatkan tentang kejahilan kita maka kita mula melenting, sedangkan Rasulullah telah menjelaskannya lebih 1400 tahun lalu.

Kita hendaklah sentiasa menyematkan sikap ini dalam diri kita, binalah kekuatan diri berpandukan aqidah yang benar. Janganlah kita bergantung harap kepada manusia, kerana akhirnya kita yang akan kecewa dengan manusia, tapi penyerahan yg sepenuhnya kepada Allah akan memberi kekuatan kepada kita.

Di samping itu ramai orang yg suka berkalau, kalaulah aku buat begini aku tak akan hadapi masalah ini, kalaulah aku belajar bidang sains, dapatlah aku kerja hebat, serta bermacam-macam "kalau" yg kita tuturkan sehari-hari, sedangkan rasulullah telah memberi peringatan kepada kita agar menerima hakikat bahawa Allah yg menetapkan segala-galanya.

Hadis ini juga mengingatkan kita bahawa "berkalau" membuka laluan kepada syaitan untuk mempengaruhi kita. Jadi kita hendaklah ingat, jangan suka berkalau...tukarkan struktur ayat yang menunjukkan pergantungan kita kepada Yang Maha Pencipta.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?