Hadis Pilihan 3

Hadis pilihan kali ini adalah sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
"Adapun kemudian, Sesungguhnya manusia itu amat banyak. Dan sedikit Ansar (penolong agama Allah), sehingga adanya mereka di tengah-tengah manusia bagai garam dalam makanan. Barangsiapa di antara kamu yg mengurus sesuatu yg merugikan satu golongan dan menguntungkan golongan lain, hendaklah ia menerima kebaikan orang yg berbuat baik dan memaafkan orang yg melakukan kesalahan." Riwayat Bukhari.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a yg menceritakan bahawa Rasulullah ke luar ke satu majlis sewaktu Baginda sakit yg membawanya meninggal dunia, dengan berselimut dan diikat kepalanya dengan kain yg berwarna kehitaman, terus beliau duduk di atas mimbar, lalu memuji tuhan kemudian bersabda seperti di atas. Dan itulah juga majlis terakhir yg dihadiri Nabi SAW.

Sekiranya kita teliti hadis ini, amat jelas bagi kita apa yg berlaku dalam dunia sekarang. Manusia teramat ramai, terutama di bandar-bandar besar di dunia ini sama ada Muslim ataupun kafir. Malah orang Islam juga amat ramai tapi masing-masing membawa haluan diri dalam mengejar urusan duniawi, sehingga mereka tidak digeruni oleh orang yg melihat mereka.

Malangnya umat Islam kini tidak lagi menghayati agama Islam yg sebenarnya, mereka amat lemah dari segenap sudut. Semakin hari kejahilan semakin berleluasa, malah perkara yg bertentangan dengan Islam dilakukan dengan bebas malah dengan bangga menulisnya dalam internet, seolah-olah apa yg dilakukan itu elok.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan juga semakin berleluasa di mana-ma na, pusat-pusat membeli-belah untuk melepak juga terlalu banyak, jadi apakah masa depan umat Islam?
Dalam masa yg sama bilangan orang yg belajar agama terlalu sedikit kerana mereka diberitahu bahawa "tiada masa depan untuk orang yg belajar agama", "anda belajar bidang yg tidak ada pasaran" dan sebagainya. Sekiranya kata-kata ini berterusan, dan ramai yg tidak berminat untuk belajar dan menghayati agama, siapakah yg akan menjadi penolong Agama Allah?.

Jadi memang benarlah hadis ini...benarlah segala apa yg diucapkan oleh kekasih kita Rasulullah SAW. Jadi bersama-samalah kita mendidik anak-anak kita menghayati agama tercinta ini, agar mereka mampu tergolong dalam golongan "penolong agama Allah", biarpun bilangan mereka teramat sedikit seperti yg diceritakan dalam hadis ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas