Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Alam Bermusim

Hebatnya kejadian alam yang bermusim, kejadian empat musim silih berganti memberi ilham kepada mereka yang mahu berfikir. Dari musim panas ke musim luruh, kemudian musim sejuk dan musim bunga, masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Di Oman sekarang, musim luruh dekat nak berakhir, selepas ini akan bermula musim sejuk alhamdulillah. Maka berhentilah sekejap penggunaan air-cond dan kipas angin kerana kesejukan musim ini sudah memadai untuk menyejukkan diri.

Apakah manusia perlukan kesejukkan? Sekiranya kita tidak suka sejuk, mengapa bila terasa panas maka kita akan tercari-cari kipas angin ataupun air-cond. Manusia tidak mampu berada dalam kepanasan secara berterusan, kerana banyak masalah kesihatan dan penyakit-penyakit berjangkit mudah tersebar. Akan tetapi bila berada dalam keadaan sejuk, kita akan berasa tenang dan sihat, malah tiada penyakit berjangkit tersebar dalam musim ini.

Bila difikirkan balik, semasa bayi dalam kandungan ibu, kita dikelilingi air ketuban yang merupakan k…

Hadis Pilihan

Hadis pilihan kali ini yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah, barangsiapa memperberat-beratkannya, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah agama itu menurut mestinya, atau mendekatinya menurut mestinya, dan gembiralah, serta beribadatlah dan mohon pertolongan Allah pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam."

Apabila kita menghayati hadis ini, Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa agama Islam itu mudah, maka janganlah kita menyusahkannya, kerana sekiranya kita memberatkannya kita yg akan kecundang, tidak mampu meneruskannya, kadang-kadang ia akan menjadikan orang itu lemah dalam beribadat dan beramal, bukan saja amal yg berat, bahkan amal ibadat yg ringan pun dia tak akan sanggup mengerjakannya.

Sesungguhnya Rasulullah lebih arif tentang fitrah dan kebolehan manusia, oleh sebab itu baginda mengingatkan umat Islam agar berpada-pada dalam beribadah, sebagaimana yg disebutkan dalam hadis lain…

Cerita Anak-anak Palestin dan Iraq

Cerita anak-anak Palestin dan Iraq adalah cerita yg tidak berpenghujung kerana penderitaan mereka berterusan. Mereka teramat tabah dan kuat, namun disebalik ketabahan dan kekuatan itu ada penderitaan yg amat hebat.

Bila berpeluang menonton cerita2 mereka, saya merasakan bahawa anak-anak kita bertuah kerana menikmati keamanan dan beroleh apa sahaja yg dihajati. Oleh sebab itu, kita sepatutnya sentiasa mengingatkan anak-anak kita supaya bersyukur dengan apa yg diperolehi dan berusaha untuk membentuk hidup yg lebih baik.

Namun anak-anak ini memang hebat, ciri-ciri fitrah masih kekal dalam diri mereka, mereka tahu bahawa hanya perpaduan sahaja yg mampu menyelamatkan mereka. Dalam siri "anak-anak Palestin: Haqq Ya'ba Nisyan", bermacam-macam cerita anak-anak ini, namun apabila ditanya apakah harapan mereka, jawapan mereka sama "orang2 Palestin mesti bersatu, Fattah dan Hamas mesti bersatu". Keamanan hanya mampu dicapai jika umat Islam bersatu, kerana perpecahan merekal…

Hadis Pilihan 3

Hadis pilihan kali ini adalah sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
"Adapun kemudian, Sesungguhnya manusia itu amat banyak. Dan sedikit Ansar (penolong agama Allah), sehingga adanya mereka di tengah-tengah manusia bagai garam dalam makanan. Barangsiapa di antara kamu yg mengurus sesuatu yg merugikan satu golongan dan menguntungkan golongan lain, hendaklah ia menerima kebaikan orang yg berbuat baik dan memaafkan orang yg melakukan kesalahan." Riwayat Bukhari.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a yg menceritakan bahawa Rasulullah ke luar ke satu majlis sewaktu Baginda sakit yg membawanya meninggal dunia, dengan berselimut dan diikat kepalanya dengan kain yg berwarna kehitaman, terus beliau duduk di atas mimbar, lalu memuji tuhan kemudian bersabda seperti di atas. Dan itulah juga majlis terakhir yg dihadiri Nabi SAW.

Sekiranya kita teliti hadis ini, amat jelas bagi kita apa yg berlaku dalam dunia sekarang. Manusia teramat ramai, terutama di bandar-bandar besar di dunia ini sa…

Hadis Pilihan

Hadis pilihan kali ini ialah mengenai kekuatan diri sebagai seorang Muslim. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud:
“Mu’min yg kuat itu lebih baik dan disukai oleh Allah drp Mu’min daif, dan dalam setiap sesuatu ada kebaikan, jadi berusahalah utk mendapatkan apa yg dapat memberi manfaat kepadamu dan mintalah pertolongan Allah, jangan berasa lemah, sekiranya berlaku kepadamu sesuatu, jangan berkata: sekiranya aku lakukan ini,dan itu….tapi katakan Allah telah menetapkan apa yg DIA kehendaki, sekiranya kita berkata KALAU membuka laluan kpd syaitan.”

Hebatnya peringatan yang diberikan oleh Rasulullah SAW, namun ia seolah-olah tidak pernah diketahui oleh orang Islam. Ini kerana dimana-mana sahaja kita melihat kelemahan umat Islam sehingga mereka dipandang rendah oleh orang bukan Islam. Apa silap kita? Dimana kelemahan kita?

Sebenarnya banyak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah tidak diketahui oleh kita, terutama orang-orang Melayu sedangkan ia adalah asas hidup ki…

Surirumah Bekerja

Surirumah bekerja adalah insan hebat penuh kekuatan diri kerana mereka mampu melaksanakan pelbagai urusan rumahtangga dan kerja lain. Kekuatan ini sekiranya diuruskan dengan betul mampu menjadikan mereka surirumah yang berjaya dari semua sudut. Apa taknya kehebatan mereka menguruskan rumahtangga, mendidik anak-anak, melayan suami, kemudian bekerja sepanjang hari dipejabat. Sekiranya mereka masih mampu pulang ke rumah dengan senyuman itulah kehebatan yang tiada bandingannya, kerana senyuman itu menandakan kepuasan hati dan ketenangan jiwa yg mereka perolehi atas segala usaha sepanjang hari.

Tapi adakah semua wanita yang bekerja mampu mempraktikkan semua sifat-sifat positif yang akan menjadi ikutan anak-anak mereka di rumah, ataupun kehidupan sehari-hari dilalui dengan penuh ketegangan dalam diri? Hanya mereka yang melaluinya mampu menggambarkannya secara hakiki.

Walau apapun tugas yang dilaksanakan, ketabahan mereka adalah lambang kekuatan diri mereka. Betapa hebatnya mereka yang mampu…

Mendidik Anak-anak

Tugas mendidik anak-anak pada zaman sekarang bukan mudah. Kita tidak boleh meniru bulat-bulat cara didikan ibubapa kita dahulu. Ini kerana perubahan corak dan gaya hidup masyarakat kini. Jadi dari mana kita boleh mendapat model untuk mendidik anak-anak? Apakah cara lama memberikan kesan negatif kepada anak-anak? Apakah pendidikan paling utama untuk anak-anak kita?

Menjawab persoalan pertama, dari mana kita boleh mendapat model untuk mendidik anak-anak pada zaman ini? Kalau masyarakat dulu belajar daripada orang yg lebih tua daripada mereka dalam mendidik anak-anak, masyarakat hari ini tidak boleh bergantung terus kepada generasi yg lebih tua daripada mereka. Ini kerana kita lebih memahami corak hidup zaman sekarang, lebih tahu tentang perkembangan semasa, penggunaan teknologi baru dan sebagainya. Jadi cara didikan anak-anak hari ini banyak bergantung kepada ilmu, ibubapa perlu mencari ilmu keibubapaan dengan menghadiri seminar kekeluargaan, mengikuti program pemantapan diri, seminar me…

Surirumah Terpelajar

Pengalaman berada di negara asing memberi peluang kepada saya bercampur dengan pelbagai golongan surirumah, ada golongan kampung yg tidak berpelajaran, surirumah yang bekerja, ada ramai juga professional yg terpaksa menjadi surirumah kerana mengikuti suami ke luar negara. Jadi ada bermacam-macam cerita dapat dikongsikan bersama.

Di sini saya cuma nak berkongsi tentang professional yang terpaksa menjadi surirumah. Apa taknya, belajar tinggi-tinggi kemudian terperuk dirumah, jaga anak-anak. Mungkin ada yang rasa seronok dapat berehat, melepas lelah bekerja selama ini,namun ada pula yang terpaksa belajar untuk berada dalam situasi baru bagi mereka. Bukan mudah nak menghadapi suasana baru, kalau sebelum ini, pagi-pagi dah terbiasa ke pejabat, namun bila jadi surirumah pejabat dah kat dalam rumah, mana nak pergi? Maka berubahlah jadual waktu bekerja, bukan macam dulu lagi.

Mudah ke nak memulakan cara baru? Mungkin bagi sesetengah wanita ia amat senang, terutama dari segi masa, sangat fleksib…

Hadis Pilihan

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya ada diantara pokok-pokok, sejenis pokok yang tidak jatuh daunnya dan ia seperti seorang Muslim, maka terangkanlah kepadaku apakah pokok tersebut? Maka para sahabat pun mengalihkan pemikiran mereka kepada pokok-pokok yang tumbuh di sekitar mereka. Akan tetapi Ibnu Umar terfikirkan bahawa ia pokok kurma, kemudian para sahabat berkata: Terangkanlah apakah ia, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: ia pokok kurma".

Hadis ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam kitab Ilmu. Banyak pengajaran yang dapat kita perolehi daripada hadis ini diantaranya:

1. Rasulullah SAW juga menggunakan pelbagai teknik dalam menyampaikan dakwah Baginda, iaitu memberi soalan teka-teki kepada sahabat baginda untuk menguji kepintaran ilmu mereka. Jadi teknik soal-jawab dalam belajar adalah sunnah Rasulullah, pergunakanlah ia sebaik-baiknya.

2. Ia juga mengambarkan anjuran Islam supaya kita berfikir tentan…

AYAT PILIHAN 2

Ayat 14 surah Ali Imran bermaksud: "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak,harta yang banyak dari jenis emas,perak, kuda pilihan,binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)".

Didalam ayat ini Allah swt menceritakan tentang sifat manusia yang sukakan kepada tujuh jenis benda yang diingini nafsu iaitu:
1- wanita-wanita. Sememangnya Allah menjadikan wanita sebagai pasangan lelaki, untuk memenuhi keinginan lelaki dan meramaikan umat di alam ini, sebagaimana Allah swt menjadikan Hawa untuk Nabi Adam alaihissalam. Secara fitrahnya lelaki berpasangan dengan wanita, tetapi sekiranya berlaku keinginan yg terbalik iaitu lelaki sukakan lelaki atau wanita sukakan wanita, maka ia bertentangan dengan fitrah kejadian manusia, maka tunggulah pembalasan dari Allah swt, sebagaimana yg telah terjadi kepada umat Nabi Lut Alaihissalam.