Hari Raya Di Oman

Seronoknya mendengar cerita ahli keluarga di kampung sudahpun berhariraya, manakala negara jiran di sini juga sudah menyambut hariraya pada tarikh yang akan menjadi kenangan 20092009.

Namun begitu kami di Oman masih lagi berpuasa menyempurnakan hari ke-30 Ramadhan kerana anak bulan tidak nampak.

Memang telah diduga anak bulan tidak nampak berpandukan pengalaman ketika sampai di sini tiga minggu lepas. Keadaan udara di sini sekarang begitu berhabuk, macammana nak melihat anak bulan.

Teringat ketika kapalterbang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat, keadaan terlalu berjerebu ketika itu, berbanding keadaan di Doha yang amat bersih dan jelas pada pandangan mata kasar saya. Sampai hari ini jarak penglihatan kasar masih kabur, mungkin itulah sebabnya anak bulan tidak dapat dilihat di sini.

Apa-apapun kami akan beraya juga esok, walaupun lewat sehari. Moga kita telah berjaya mengharungi Ramadhan kali ini dengan jayanya dan semoga segala latihan yang telah dijalani akan mampu diteruskan sepanjang tahun. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menerima segala amal ibadat kita sepanjang Ramadhan kali ini.

Selamat Menyambut Hariraya Idil Fitri buat semua yang membaca blog ini. Maaf zahir dan Batin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman