Surirumah Lagi
Sekadar berkongsi pengalaman bergaul dengan surirumah yang sama-sama merantau. Ada macam-macam cerita boleh dibuat teladan, dan boleh difikirkan bersama-sama. Bila melihat situasi yang dialami oleh mereka, saya terfikir kembali betapa sukarnya hidup wanita yang telah berkeluarga dan bekerja diperantauan. Ada beberapa orang kawan wanita yang merantau seorang diri, tinggalkan suami dan anak-anak di negara sendiri demi mencari pendapatan lebih untuk kebaikan keluarga. Memang kagum melihat keberanian mereka, serta kesanggupan mereka berkorban, namun begitu hati saya tertanya-tanya tenangkah hati mereka meninggalkan suami dan anak-anak. Apakah tugas mendidik anak-anak boleh ditukarganti? Ada pula yang merantau untuk sama-sama bekerja, dan sama-sama menjaga anak-anak. Akan tetapi bebanan kerja, serta tuntutan kerja menyebabkan perasaan anak-anak kecil terabai. Bayangkan ada yang terpaksa tinggalkan anak-anak kecil sendirian dirumah kerana giliran kerja yang tidak menentu. K...