Mencari 100 Soalan

Susahkah ingin menghasilkan 100 soalan dalam usaha mengenali diri sendiri?

Kemudian daripada soalan-soalan tersebut kita meneliti tema persoalan kita, seterusnya memilih 10 soalan yang paling elok buat diri sendiri.

Cubalah cari jawaban kepada setiap persoalan itu, moga berjaya mencari jawaban kepada setiap persoalan tersebut.

Bila dengar 100 soalan terasa begitu banyak yang perlu difikirkan, akan tetapi bila diimbas tulisan dalam blog ini membuatkan saya berfikir, begitu banyak persoalan yang telah saya lontarkan disini, belum terjawab. Persoalan-persoalan disinilah diantara tema yang selalu saya fikirkan.

Ada persoalan yang begitu bermakna, ada soalan yang tidak perlukan jawapan, ada soalan yang silap dan perlukan pembetulan, macam-macam persoalan disini.

Jadi sama-samalah kita mencari jawapan kepada setiap persoalan yang dilontarkan disini, kerana blog ini bukanlah blog ilmiah, ia sekadar tempat meluahkan persoalan-persoalan yang sentiasa timbul difikiran ini.

Insya Allah suatu ketika nanti, saya mampu menghasilkan sesuatu dari sini. Moga Allah memudahkan usaha ini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas