Peringatan buat Diri...

Satu peringatan buat diri, yang kadang-kadang lupa.

Sepuluh perkara yang kita bazirkan:

1. Ilmu kita: kita bazirkan dengan tidak mengamalkannya.

2. Perbuatan kita: kita bazirkan dengan tidak melakukannya secara ikhlas atau hanya untuk menunjuk-nunjuk.

3. Kekayaan kita: kita bazirkan dengan menggunakannya kepada perkara yang tidak memberi manfaat.

4. Hati kita: dibazirkan dengan menggunakannya pada perkara yang lalai, tidak mengingatkan kita kepada Allah. Tempat yang sepatutnya kita letakkan DIA, kita letakkan orang lain, serta kita penuhi dengan perkara-perkara lain yang menjauhkan kita daripada-Nya. 

5. Tubuh kita: kita bazirkan dengan tidak menggunakannya untuk ibadah kepada Allah.

6. Kasih kita: telah disalahertikan dengan meletakkan orang lain di tempat DIA.

7. Masa kita: kita bazirkan dengan tidak mengurusnya secara teratur.

8. Kebijaksanaan Kita: kita bazirkan pada perkara yang kurang memberi manfaat.

9. Kerja kita: kita bazirkan dengan memberi pertolongan kepada orang yang tidak dapat mendekatkan diri kita kepada Allah atau yang mengharapkan balasan di dunia semata-mata.

10. Zikir kita: kita bazirkan dengan membacanya tanpa meninggalkan kesan kepada hati kita.

Moga Allah melembutkan hati ini setiap kali membaca peringatan ini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016