Betul ke Idea ini?

Seminggu dua ini umat Islam diseluruh dunia begitu bersemangat sekali ingin memperjuangkan agama, alhamdulillah. Bermula minggu lepas apabila banyak mesej tentang boikot FB kerana isu berkaitan "Draw Muhammad Day" kemudian minggu ini isu berkaitan Safinatus Salam dan Pembebasan Gaza.  

Alhamdulillah dengan teknologi hari ini, kita mampu mendapatkan maklumat dengan cepat, malah kita boleh sama-sama melancarkan tunjuk perasaan diseluruh dunia.

Subhanallah...mungkin kita tidak pernah memikirkan bahawa kita akan dapat berhubung sebegini cepat, kita juga tidak pernah memikirkan bahawa suatu ketika umat Islam boleh berkongsi maklumat sesama kita. Akan tetapi apa yang tidak pernah singgah difikiran kita itulah yang terjadi, hasil fikiran orang-orang bukan Islam.

Hasilnya umat Islam mampu berkongsi idea menggunakan teknologi orang-orang bukan Islam. Jadi apabila kita menumpang, kita kenalah redha dengan apa-apa yang dimuatkan dalam kenderaan mereka, walaupun kita membayar tambang.

Apakah yang umat Islam mampu buat setakat ini? Jika kita tidak setuju sekalipun kita hanya mampu 'boikot', kerana teknologinya dipegang oleh mereka.

Apakah umat Islam mampu menghasilkan teknologi yang lebih hebat? Tertunggu-tunggu juga bilakah akan terhasil satu teknologi yang bebas sepenuhnya daripada pengaruh barat. Mungkinkah anak-anak kita mampu menghasilkannya suatu hari nanti? 

Berbalik kepada internet, selagi kita bergantung kepada mereka, apa yang boleh kita buat hanyalah belajar memilih yang baik daripada yang buruk. Begitu juga TV Satelit, disebabkan kebanyakan satelit dikawal oleh orang-orang bukan Islam, kita juga kenalah pandai memilih saluran yang sesuai buat kita. Ada juga saluran TV agama yang ditamatkan permit mereka kerana dianggap mampu mengubah pemikiran umat Islam.  

Ini macam kisah kita berkunjung ke rumah orang lain, walaupun kita melihat banyak perkara yang tidak kita senangi, kita terpaksalah menerimanya, kerana ia bukanlah rumah kita. Jika kita berkeras tidak suka, kita boleh memilih untuk tidak mengunjungi lagi rumah tersebut. Kita hanya mampu mengawal diri kita, bukan orang lain.

Dulu-dulu tak pernah terfikir yang manusia akan mampu sampai ke tahap ini, itulah kehebatan kejadian Manusia. Yang paling terkesan ialah kemampuan mereka mengumpulkan manusia dari seluruh dunia ke satu tempat, Subhanallah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas