Tenangnya Suasana Semalam....

Alhamdulillah kita sudah memasuki bahagian terakhir Ramadhan, malam yang dinanti-nantikan oleh umat Islam yang menunaikan ibadah puasa, kerana pada malam-malam inilah kita akan dikurniakan 'malam lailatul qadar'.

Moga kita dapat meneruskan amal ibadat kita dibulan mulia ini, dengan teratur dan terancang dalam usaha mendidik diri kita dan nafsu kita.

Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah suasana tenang yang saya rasakan semalam sewaktu berterawih di sini. Alhamdulillah suasana begitu hening, tanpa suara tangisan kanak-kanak membolehkan kami menghayati bacaan imam dengan baik.

Ketika sudah hampir solat witir saya tertanya-tanya apakah tiada kanak-kanak dimasjid malam ini? Apakah ibu-ibu yang selalu membawa kanak-kanak ke masjid tidak hadir ke masjid malam ini?

Memang inilah suasana yang kita harapkan apabila bersolat dimasjid, memang sungguh hening, apa yang terdengar hanyalah esakan makmum bersebelahan yang khusyuk menghayati bacaan imam malam ini. Malam ini imam membacakan surah Az-zumar, dengan bacaan yang amat menyentuh hati. Subhanallah...

Setelah selesai mengerjakan solat, saya terus keluar...dan...saya amat terkejut melihat kanak-kanak duduk begitu tenang dikawasan yang disediakan. Kesemua mereka duduk diam tanpa berkata apa-apa, sambil merenung ke muka saya yang keluar.

Hati ini tertanya-tanya, apa sudah jadi kepada kanak-kanak ini? Kanak-kanak yang sama sebelum ini selalu membuat bising, ada yang menangis daripada mula solat hingga ke akhir,  tiba-tiba malam ini duduk begitu tenang sekali...subhanallah.

Sesungguhnya begitu jauh bezanya bila dapat bersolat dengan tenang, tanpa suasana bising, walaupun qiyam tersebut hanyalah selepas waktu isyak, kita terasa seolah-olah waktu tengah malam.

Mungkin itulah juga suasana yang ingin disediakan oleh pihak masjid apabila menugaskan petugas khas menjaga pintu masuk ke dewan solat.

Moga-moga suasana ini akan berterusan hingga ke akhir Ramadhan. Moga kita dapat meneruskan ibadah ini dengan sebaik-baiknya walaupun jemaah di masjid semakin berkurangan jika dibandingkan pada awal Ramadhan.

Moga tarbiyah Ramadhan ini dapat kita hayati dan teruskan hingga selepas Ramadhan. Moga Allah menerima amal ibadat kita di bulan ini. Amin...

Ulasan

Ummu Tasneem berkata…
salam.. seronoknya dpt menikmati suasana tenang mcm tu.. dah lama tak ke masjid..

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?