Sekadar Berkongsi...Uniknya.

Subhanallah, indahnya kejadian alam ciptaan Ilahi. Itulah ungkapan yang selalu disebut bila melawat satu-satu tempat di Oman.

Saya tidak pandai menulis berbunga-bunga, tetapi setiap susunan kejadian yang dilihat disekeliling tempat yang pernah saya sampai begitu unik. Lihatlah bukit dibawah, yang kelihatan terpecah-pecah seperti bunga yang kembang.

Inilah salah satu pemandangan menarik ketika kami tiba di Oman Dive Center. Kedudukan bukit yang betul-betul ditepi pantai amat menarik hati saya, subhanallah.
Uniknya bukit ini...Subhanallah. 
Anak-anak saya memang tidak melepaskan peluang untuk meninjau bukit tersebut dengan berenang hingga ke situ. Anak-anak memang cepat membuat keputusan bila berkumpulan, bila saya tengok mereka sudah sampai ke situ, masuk ke dalam celahan bukit tersebut.

Pantai di Oman Dive Center dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian yang berhadapan dengan bukit ini  dikhususkan untuk penyewa bilik disitu, kebanyakannya warga Asing dari Eropah dan Amerika.

Keempat-empat anak saya sentiasa bersedia untuk meneroka alam sekeliling, mereka begitu seronok bila berjaya masuk ke celahan bukit tersebut.

Lihatlah bentuk batuan bukit kecil tersebut seolah-olah tanah selut yang dibentuk. Bila saya mendekati nyata bahawa ia bukanlah batu tapi sejenis tanah yang amat keras, yang mana lama-kelamaan ia akan hancur.

Subhanallah, begitu hebat kejadian Ilahi, moga hati kita akan terus  teringat kekuasaan-Nya bila melihat alam sekeliling kita.

لا حول ولا قوة إلا بالله



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?