Buku-buku Motivasi Arab

Alhamdulillah seronoknya bila dapat membaca buku-buku motivasi untuk memotivasi diri sendiri. Macam-macam jenis buku motivasi boleh didapati dipasaran.

Biasanya saya tidak memilih buku sama ada dalam bahasa Malaysia, Inggeris ataupun Arab, janji ia buku motivasi.

Buat masa sekarang saya lebih banyak membaca buku-buku motivasi Arab dan Inggeris, kerana buku-buku berbahasa melayu tak ada disini.

Apa yang ketara sangat didalam buku-buku motivasi ini ialah bagaimana penulis cuba mengajar kita menyemai sikap positif, sama ada dari sudut pandangan Islam ataupun pandangan agama lain.

Kebanyakan buku motivasi berbahasa Arab masih baru dalam pasaran, serta banyak merujuk buku-buku berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.

Satu keistimewaannya ialah olahan penulis menjadikan ia sebagai satu jalan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah swt. 

Di antara buku motivasi berbahasa Arab yang terkenal dikalangan orang-orang Melayu adalah buku 'La Tahzan' tulisan Dr. Aidh Al-Qarni.

Di samping itu terdapat banyak lagi buku-buku tulisan pakar motivasi Arab yang kurang dikenali oleh kita, tetapi begitu terkenal dikalangan orang-orang Arab seperti buku-buku tulisan Dr. Mohamed Arefi, Dr. Ibrahim Fuki dan lain-lain. 

Buku-buku tulisan Dr. Arefi kebanyakannya dicetak berjuta-juta naskhah, termasuklah buku beliau 'istimta' bihayatik' yang juga berjaya dijual lebih daripada tiga juta naskhah.

Alhamdulillah peluang begini jarang diperolehi dengan mudah melainkan kita mencarinya di perpustakaan-perpustakaan dan dikedai-kedai buku.

Jadi bagi pembaca yang boleh berbahasa Arab, carilah buku-buku motivasi berbahasa Arab dan rasailah motivasi dari perspektif orang-orang Arab.

Bersempena dengan Ramadhan kali ini, gandakan usaha kita mencari keredhaan Allah dengan membaca buku-buku yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah swt.

Namun begitu jangan pula lupa mengaji quran kerana disitulah asas utama motivasi hidup orang-orang Islam.

Moga kita beroleh Rahmat-Nya. Ramadhan Mubarak...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016