Kini Libya menyusul...

Alhamdulillah, minggu lepas saya dan keluarga sempat menonton program 'Al-Tariq ila Makkah", program kuiz maklumat mengenai negara-negara di seluruh dunia, termasuklah negara-negara Arab.

Kesimpulannya kebanyakan peserta yang menelefon tidak dapat menjawab soalan mengenai negara-negara Arab lain seperti Tunisia, Lubnan, Syria dan lain-lain, walaupun mereka orang Arab, sedangkan soalan berkaitan negara bukan Islam dapat dijawab dengan betul. 

Jadi sayapun terfikir, apakah ia kesan dasar tertutup negara-negara Islam? Ataupun ia merupakan kelemahan umat Islam yang lebih melihat negara orang bukan Islam, serta mencari maklumat mengenai mereka, sedangkan maklumat tentang negara-negara jiran sendiri tidak dipeduli. 

Itu cerita orang Arab dan negara-negara Arab lain, apa lagi kita orang Melayu, banyak lagilah maklumat tentang negara-negara Arab yang tidak kita ketahui terutama perkembangan semasa yang berlaku dinegara-negara mereka.

Bila berlaku revolusi Tunisia, banyaklah mata tertumpu kesitu, ingin mengetahui apakah rahsia yang berlaku disitu. Kemudian berlaku revolusi di Mesir, barulah kita tersedar bahawa banyaknya kezaliman berlaku disitu, walaupun ramai orang Melayu belajar disitu.

Sekarang tuntutan yang sama dilakukan oleh penduduk Libya, sebuah negara yang kaya terletak diantara Tunisia dan Mesir. Takkan angin jiran tidak merebak ke tempat mereka, kiri kanan dah dapat membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah, apakah mereka perlu menunggu lama lagi?

Moga Allah merahmati penduduk Libya yang sudah lebih 40 tahun dibawah pemerintahan berasaskan 'buku hijau'. Moga mereka juga mampu beroleh keadilan sepertimana umat Islam lain.

Namun begitu tunjuk perasaan disitu amat berbeza daripada Mesir dan Tunisia, ramai penunjuk perasaan yang ditembak, tetapi segalanya tetap ditutup. Tiada siapa yang betul-betul tahu apa yang berlaku disana, semua alat perhubungan ditutup termasuklah telefon. Ramai Duta Libya diluar negara meletak jawatan memprotes tindakan kerajaan Libya terhadap penunjuk perasaan dinegara mereka.

Amir Qatar meminta Setiausaha Agung PBB untuk masuk campur kerana bimbangkan kezaliman berleluasa disitu, apakah PBB mampu membantu mereka?

Sama-samalah kita doakan keselamatan anak cucu As-Syahid Omar Mokhtar disana.

Memang dasar kebanyakan negara tersebut begitu tertutup, agar tidak diketahui kezaliman mereka oleh umat Islam lain. Namun begitu bila Allah menetapkan..tiba waktunya segala kezaliman mereka akan terbongkar. Siapakah yang lebih berkuasa? Sesungguhnya doa orang yang dizalimi amat makbul dan Allah tidak menyalahi janji-janji-NYA.




Ulasan

faraherda.razalan berkata…
smlm kuar berita, penunjuk perasaan ditembak oleh kerajaan pemerintah di sana...seumat islam pun menindas sesame sendiri, apatah lagi yg lain...semenye hanya 1, kekayaan dunia!
aliza berkata…
Terima kasih Mommy fara kerana sudi berkongsi idea disini.

Betullah mereka hanya fikirkan kekayaan dunia, hingga terlupa sebanyak manapun harta yang dikumpulkan ia tak boleh dibawa mati.
Mengikut laporan sekarang ni Hosni Mubarak dan Ben Ali sedang koma (saktah dimaghiyah), menunggu saat terakhir mereka. Hosni Mubarak enggan ke luar negara utk mendapatkan rawatan rapi...tp ada yang tak yakin laporan tersebut, apakah utk menagih simpati rakyat???

Sebenarnya kedua2nya mmg sakit kanser, cuma nampak kuat bila berkuasa, bila hilang kuasa, mereka terlantar...Itulah balasan kezaliman mereka.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas