Melihat Cara Belajar

Alhamdulillah hari Isnin lepas saya berpeluang menghadiri kelas anak yang darjah 3 sebagai pembantu cikgu. Kata suami: "apa dah jadi...nak mengajar sekolah rendah pulak ke?". Dah orang minta tolong, takkan nak tolak, tambahan lagi anak beria-ia menyuruh saya datang.

Sebenarnya ada pelbagai manfaat yang saya perolehi dengan menghadiri kelas tersebut. Peluang melihat bagaimana cikgu diperhati oleh Nazir yang melawat dan memeriksa tahap kecekapan guru tersebut mengendalikan kelas.

Dalam masa yang sama melihat gelagat anak sendiri semasa didalam kelas, serta tahap tumpuan beliau semasa guru mengajar. Anak juga sangat bersemangat untuk menyertai setiap aktiviti yang diadakan. Boleh dikatakan banyak kesan positif yang saya perolehi semasa berada didalam kelas tersebut. 

Sebenarnya disini lawatan ke kelas selalu diadakan untuk memeriksa tahap kecekapan cikgu mengajar, biasanya pelawat datang secara berkumpulan, ditambah dengan kehadiran semua guru dalam bidang yang sama, pengetua serta guru pakar lain. Jadi bilangan orang yang memerhatikan cikgu mengajar lebih kurang 12 orang.

Menurut anak saya, menang "zuwar" iaitu pelawat selalunya dalam bilangan yang ramai malah beliau lebih suka sekiranya ada pelawat setiap hari kerana pelajar tidak berpeluang untuk berbuat nakal semasa didalam kelas.

Kalau saya yang berada ditempat itu, tidak dapat saya bayangkan. Lebih-lebih lagi bila dah lama berada dirumah, tahap keyakinan untuk bercakap dikhalayak ramai makin menurun. Moga ia menjadi pemangkin untuk saya meningkatkan tahap keyakinan diri semula.

Kemudian saya berpeluang membaca beberapa jurnal pendidikan di sini yang memuatkan cerita-cerita tentang sistem pendidikan di Malaysia yang dipuji oleh kementerian di sini termasuklah laporan kursus bahasa Arab guru-guru Malaysia di sini bulan Mei tahun lepas. Terasa seronok juga membaca laporan tersebut, cerita tentang sistem pendidikan negara sendiri.

Satu perkara yang memikat hati saya ialah setiap pelajaran dikaitkan dengan ayat-ayat quran dan hadis tertentu walaupun ia bukan matapelajaran agama. Malah sepanjang mengikuti pelajaran anak-anak, saya amat kagum kerana ia mampu mengingatkan anak-anak kita tentang agama sendiri serta menghafal ayat-ayat tersebut.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman