Mengenang Gaza

Alhamdulillah setiap hari saya berkesempatan untuk menonton siaran mengenai Gaza, lebih-lebih lagi program kesan-kesan peninggalan perang yg sudah genap setahun berlaku.

Perasaan sedih, marah terhadap kezaliman yang dilakukan serta pelbagai lagi perasaan lain bercampur-baur. Siapakah yang nak kita persalahkan? Mengapa begitu? Macammana kita nak bantu mereka?

Kadang-kadang terasa malas untuk memikirkannya lagi, tapi sebenarnya Gazalah penguji kekuatan iman kita. Dimanakah kita ketika ini...apakah kita pernah memikirkan tentang sumbangan kita kepada mereka? Apakah kita mampu meruntuhkan benteng yang mengelilingi mereka? Mampukah kita membebaskan mereka daripada penjara besar tersebut agar mereka juga mampu hidup bebas seperti kita.

Sungguh besar ujian Allah kepada umat Islam Gaza, mereka diuji daripada segenap sudut. Mereka hidup dalam serba kekurangan tapi keimanan mereka begitu teguh, semangat jihad mereka tidak pernah padam walaupun umat Islam lain sedang diulik nikmat dunia.

Jika kita memikirkan bahawa kita bermasalah, kenangilah ujian yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam Gaza. Ujian kita cuma sedikit sahaja jika ingin dibandingkan dengan ujian ke atas mereka.

Kadang-kadang terfikir juga apakah Allah ingin menunjukkan kepada kita, begitulah contoh kehidupan muslim sejati. Bila kita melihat kesitu kita akan kembali mengingati diri kita sebagai seorang Muslim.

Bila kita seakan berputus asa melihat kezaliman tersebut, ingatlah bahawa Rasulullah saw telah memberitahu kepada kita bahawa kemenangan akan berpihak kepada Islam, keyakinan kita itulah yang akan membuahkan kejayaan kepada umat Islam.

Ingatlah Allah akan sentiasa membantu hamba-hamba-Nya yang memohon kepada-Nya. Hasbiyallahu wa Nikmal Wakil.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman