Surirumah Lagi

Sekadar berkongsi pengalaman bergaul dengan surirumah yang sama-sama merantau. Ada macam-macam cerita boleh dibuat teladan, dan boleh difikirkan bersama-sama.

Bila melihat situasi yang dialami oleh mereka, saya terfikir kembali betapa sukarnya hidup wanita yang telah berkeluarga dan bekerja diperantauan.

Ada beberapa orang kawan wanita yang merantau seorang diri, tinggalkan suami dan anak-anak di negara sendiri demi mencari pendapatan lebih untuk kebaikan keluarga. Memang kagum melihat keberanian mereka, serta kesanggupan mereka berkorban, namun begitu hati saya tertanya-tanya tenangkah hati mereka meninggalkan suami dan anak-anak.
Apakah tugas mendidik anak-anak boleh ditukarganti?

Ada pula yang merantau untuk sama-sama bekerja, dan sama-sama menjaga anak-anak. Akan tetapi bebanan kerja, serta tuntutan kerja menyebabkan perasaan anak-anak kecil terabai. Bayangkan ada yang terpaksa tinggalkan anak-anak kecil sendirian dirumah kerana giliran kerja yang tidak menentu.

Kadang-kadang saya terasa ingin untuk bekerja, terutama perasaan ingin berkongsi ilmu yang ada dengan pelajar-pelajar, akan tetapi bila mengenangkan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak, perasaan tersebut terpaksa dipendamkan.

Sememangnya anak-anak merupakan penyebab utama ramai wanita memilih untuk berada dirumah. Saya masih teringat betapa sukarnya mencari pusat jagaan kanak-kanak ketika bekerja dahulu. Kemudian begitu banyak urusan berkaitan anak-anak yang terpaksa difikirkan. Itu belum termasuk kos yang terpaksa dibayar untuk mereka.

Beruntunglah jika kita bekerja dalam satu institusi yang menyediakan pusat jagaan kanak-kanak kerana masalah tersebut boleh dikurangkan.

Sebenarnya saya terkenangkan keadaan jiran yang bekerja, walaupun mempunyai pembantu rumah tetapi beliau masih risaukan anak-anak beliau semasa bekerja. Beliau bertanya saya: "teruskan kerja atau berada dirumah dengan anak-anak? Beliau sebenarnya pernah berhenti kerja selama lebih kurang dua tahun kemudian mula bekerja balik setelah merasakan bahawa beliau tidak berbuat sesuatu dirumah. 

Sememangnya ramai wanita terasa bahawa kita tidak berbuat apa-apa dengan berada dirumah. Ini kerana kita membandingkan pencapaian diri kita dengan orang yang bekerja. Malah berada dirumah juga boleh menurunkan nilai diri kita, jika kita tidak mampu mengurusnya dengan baik.

Bukan senang untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan pendapat ramai ketika ini. Jika kita memilih untuk berada dirumah bermakna kita memilih untuk berbuat sesuatu yang berbeza daripada orang lain, jadi kita perlulah memiliki kekuatan dan keyakinan yang amat tinggi. 

Moga kita terus yakin dengan pilihan yang dibuat, serta beroleh kekuatan untuk melaksanakan tugasan kita dirumah.  

Ulasan

nzainipm berkata…
assalamualaikum wbt,
Saya adalah surirumah sepenuh masa, ibu kepada 4 org anak perempuan berusia 7,5,3 dan 1th.Rasa terpanggil utk berkongsi pendapat.Sblm berkahwin sy bekerja sbg seorg jurutera kimia.Bila berkahwin sy berhenti kerja dgn niat utk mencari kerja yg lebih sesuai ttp x ada rezeki sehinggalah sy mendapat anak sulung & keinginan mencari kerja mula hilang.

Mula2 memanglah sering berada dlm dilemma ttp suami sering beri sokongan.Alhamdulillah stlh 8 th berkahwin sy rasa pilihan yg sy ambil adalah tepat sekali.

Lebih saya merasai laluan hidup sy adalah anugerah dpd ALLAH.Jika kita balik semula ke 10 @ 15 th yg lepas.Pernah x kita terfikir perjalanan hidup kita akan jadi spt sekarang?Itulah maksud sy.Apa yg sy dpat saat ini, semuanya adalah anugerah ALLAH.

Bila tdk bekerja sy mempunyai bnyk masa utk berfikir & merenung apakah tujuan hidup sy, sesuatu yg x dpt sy buat semasa bekerja dahulu disebabkan kesibukan.Semasa 8 thn inilah sy belajar berbagai-bagai perkara ttg kehidupan, ttg islam & lebih penting ttg ALLAH.Bermulalah kehidupan sy yg lebih bererti dan kini sy lebih bahagia krn sy mula belajar mencintai ALLAH.

Kepada sesiapa yg berada dlm dilemma samada bekerja @ menjadi surirumah, kenalilah dulu diri anda & bykkan berkomunikasi dgn ALLAH & tanyalah ALLAH apakah jalan terbaik utk anda ambil.Tidak semua orang sesuai jadi surirumah dan tdk semua org sesuai bekerja.Kita semua tdk sama, buatlah sesuatu yg membahagiakan hidup kita.
Aliza Yunus berkata…
Waalaikumussalam,
Terima kasih nzainipm kerana berkongsi pengalaman disini.

Betul tu..pastikan kita mengetahui dan sentiasa ingat apa tujuan asal kita bila memilih untuk berada dirumah.

Moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Amin

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas