Janji Melayu atau Janji Arab?
Janji Melayu...satu ungkapan yang selalu kita dengar bila menghadiri apa-apa program ataupun apa-apa temujanji yang berkaitan dengan waktu suatu ketika dulu. Ia menunjukkan bahawa orang Melayu selalu lambat dan tidak menepati masa yang sepatutnya. Biasanya jika berjanji jam 7 dia akan sampai setengah jam atau sejam kemudian. Begitu juga jika program sepatutnya bermula jam 7 ia akan dimulakan lebih lambat. Apakah sikap tidak menepati masa tersebut masih ada dalam masyarakat Melayu? Sepanjang bergaul dengan orang-orang Melayu disini, saya dapati kebanyakan mereka menepati masa serta begitu menghargai masa. Begitu juga setiap program bermula pada waktu seperti yang dijanjikan. Oleh itu saya merasakan bahawa ungkapan tersebut tidak lagi sesuai untuk digunakan oleh masyarakat melayu disini. Alhamdulillah. Apa yang jelas kebanyakan rakan-rakan disini menghargai masa serta mempunyai perancangan yang jelas. Itulah sumber kemakmuran hidup mereka. Jika dulu saya selalu...