Persoalan tentang Penyakit

Ada satu perkara yang sentiasa bermain-main difikiran saya sudah beberapa lama, mungkin ia juga persoalan anda juga.

Persoalan ini ialah mengenai sakit dan penyakit, apakah ia ketetapan Allah yang boleh diubah ataupun tidak?

Apabila kita mendengar cerita seseorang itu sakit, apakah kita bersalah apabila menasihati mereka untuk mengubah cara hidup mereka?

Apakah gaya hidup menyebabkan kita berpenyakit?

Apakah kita berserah semata-mata apabila ditimpa penyakit ataupun berusaha untuk mengubatinya?

Apakah jenis rawatan yang kita ambil membantu penyembuhannya?

Apakah respon kita apabila doktor memberitahu bahawa penyakit kita sudah mencapai tahap kritikal?

Ada banyak persoalan lagi yang menanti jawapan, namun begitu amat sukar untuk mencari insan yang betul-betul memahami untuk dikongsi persoalan ini.

Pagi tadi saya sempat mengutarakan pendapat saya mengenai beberapa persoalan diatas kepada seorang rakan, tetapi ia masih terbuka untuk perbahasan.

Bagi saya persoalan-persoalan ini amat berkait rapat dengan keyakinan kita terhadap qada' dan qadar Allah swt.

Apakah kita sekadar menerima bahawa semuanya sudah ditetapkan oleh Allah ataupun kita berusaha untuk mengelakkan penyakit tersebut.

Moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat kita dan orang-orang yang kita sayang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman