Eid Adha Mubarak

Selamat Menyambut Hariraya Korban 1432H.

Alhamdulillah pagi ini kami berkesempatan untuk menunaikan solat hariraya dimasjid berhampiran rumah kami disini. Masjid yang mengumpulkan warga asing disini sentiasa meriah pada hari raya.

Alhamdulillah...kali ini kami keluar beramai-ramai ke masjid, ditemani jiran yang pertama kali ke masjid tersebut.

Bagi saya walaupun berada dirantauan, solat eid merupakan ibadat yang paling penting untuk dihadiri, kerana ia merupakan inti sambutan hari raya, jika terlepas maka hariraya tersebut jadi tidak bermakna.

Ketika ini jugalah saya berpeluang berkenal-kenalan dengan jiran-jiran, serta bersalaman dengan kawan-kawan lama disini.

Setiap kali hariraya korban kita diingatkan tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Sesungguhnya pengorbanan mereka begitu besar.

Kisah Nabi Ibrahim a.s juga boleh menjadi pengubat rindu kita kepada kampung halaman. Mengapa begitu? Jika dihayati secara mendalam kita boleh merasai kekuatan hati baginda ketika terpaksa berpisah dengan isteri baginda, Hajar dan anak yang masih kecil iaitu Nabi Ismail a.s .

Kisah baginda meninggalkan anak isteri dikawasan tandus, tanpa khabar berita adalah begitu tragis. Bagi perantau, kita hanyalah berpisah jasad daripada kaum keluarga, tetapi kita masih mampu mendengar suara, menatap gambar, malah boleh berhubung bila-bila masa.

Apakah kita belum mampu menguatkan hati kita dikala rindukan ahli keluarga kita?

Setiap orang memiliki kisah pengorbanan tersendiri, sama ada besar atau kecil ia tetap pengorbanan kita untuk hidup yang lebih baik. Bila kita diingatkan tentang kisah pengorbanan, kita akan mensyukuri kehidupan kita setiap masa.

Moga hariraya kali ini disambut dengan ceria dan gembira, tanda kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa.
Eid Mubarak. Kullu 'aam wa antum bi alf khair.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?